Kategori : UMUM

Maklumat Umum MS ISO 9001:2015

 

SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI

POLISAS melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Perkhidmatan Latihan Separa Profesional di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi makanan bagi memenuhi visi, misi penubuhannya dan memenuhi kehendak negara yang berasaskan Piawaian MS ISO 9001:2015.

DASAR KUALITI

Dasar kualiti POLISAS adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi makanan melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan.

POLISAS komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Peratusan kebolehpasaran graduan pada tahun konvokesyen.
  2. Bilangan kolaborasi berimpak tinggi bersama institusi.
  3. Bilangan pengiktirafan kepada pelajar/staf/institusi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  4. Bilangan program/aktiviti pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang menyumbang kepada komuniti.
  5. Bilangan inovasi/hasil penyelidikan dalam bentuk produk/perkhidmatan/proses yang diaplikasi oleh organisasi/industri/komuniti.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Switch To Mobile