Aplikasi Sistem: | ||
o| SPMP POLISAS | o | HRMIS | o| CIDOS 4.0 |
o| Sijil ONLINE | o | eKSS | |
o| TransBooking | o| 1L5G | |
o| Email | o| Direktori Staf | |
o| Aduan ICT | o| Web KOHA |
Muat Turun Popular: | |||||
o| Pengenalan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan : OHSMS (Kategori : Staf ) | |||||
o| Garis Panduan KPI Pensyarah Pelawat Industri (PPI) 2013-2015 ( Kategori : Pensyarah ) |
|||||
o| Borang Semakan Semula Skrip Jawapan ( Kategori : Unit EXAM ) | |||||
o| Dokumen FRP ( Kategori : Pensyarah ) |
|||||
o| Guide To Blooms's Taxonomy ( Kategori : Pensyarah ) |
Bantuan/Aid, Tools & Resources | ![]() |
o| Manual Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) :?Tukar Katalaluan? |
|
o| Manual Sistem eTRANSKRIP :<< Klik Disini>> |
|
o| Manual Aplikasi Web KOHA :<< Klik Disini>> |
|
o| Manual Sistem 1L5G :<< Klik Disini : Pelajar>><< Klik Disini : Pensyarah>> |
|
o| Manual Sistem eDirectory :<< Klik Disini>> |
Eduroam POLISAS
APA ITU EDUROAM
eduroam (education roaming) adalah perkhidmatan perayauan (roaming service) telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan pengguna (penyelidik,pensyarah,pelajar,staf) dari institusi yang menyertai perkhidmatan eduroam untuk mendapatkan akses internet daripada mana-mana institusi yang menyertai perkhidmatan eduroam ini.
Eduroam adalah projek MyREN (Malaysian Research and Education Network) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula awal 2019, projek eduroam telah mula diperluaskan kepada komuniti Politeknik Malaysia.
Untuk melihat senarai institusi yang menyertai perkhidmatan eduroam ini samada dalam Malaysia atau luar Malaysia, sila layari https://monitor.eduroam.org/map_service_loc.php (keseluruhan) atau https://mon.eduroam.my/participants (Malaysia). POLISAS merupakan Politeknik pertama yang menyertai eduroam Malaysia selain beberapa Universiti Awam di Malaysia.
BAGAIMANA EDUROAM BERFUNGSI
Pengguna POLISAS (pensyarah,pelajar,staf) hanya perlu menggunakan akaun domain POLISAS (contoh: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan katalaluan akaun domain tersebut untuk menggunakan perkhidmatan wifi eduroam di mana-mana institusi yang turut menyediakan perkhidmatan eduroam. Manakala pengguna dari institusi lain yang turut menyertai perkhidmatan eduroam ini turut mendapat manfaat yang sama di mana mereka hanya menggunakan akaun wifi institusi mereka untuk mengakses internet di POLISAS.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda tidak perlu lagi memohon akaun wifi berasingan daripada institusi yang dilawati.
PERLAKSANAAN EDUROAM DI POLISAS
UPSM POLISAS telah melaksanakan pemasangan, konfigurasi dan integrasi eduroam dengan akaun Domain POLISAS bermula April 2019 dan selesai proses pengujian pada Ogos 2019. Untuk permulaan, integrasi ini hanya melibatkan akaun Domain Staf sahaja terlebih dahulu. Perluasan kepada akaun Domain Pelajar POLISAS akan dilaksanakan selepas proses kajian dan pengujian selesai dilaksanakan.
KONFIGURASI TEKNIKAL
SSID |
eduroam |
Username |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (akaun domain Staf) |
Authentication |
WPA-2 Enterprise |
Data Encryption |
AES |
EAP Type |
PEAP (EAP-MSCHAP-V2) |
MANUAL TETAPAN
Buat masa ini, manual tetapan (setting) sedang dalam peringkat penyediaan. Walaubagaimanapun, anda boleh juga merujuk kepada contoh manual yang telah disediakan oleh Universiti lain seperti UMP ( https://ptmk.ump.edu.my/index.php/53-section-infrastruktur-ict/671-wireless-2 ). Hanya tukarkan nama domain kepada polisas.edu.my dan masukkan katalaluan domain POLISAS.
PERTANYAAN
Untuk pertanyaan berkenaan perkhidmatan ini, sila emel kepada Seksyen Rangkaian UPSM POLISAS : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
RUJUKAN
https://www.eduroam.org/
https://mon.eduroam.my/
https://myren.net.my/networks-services/applications/
https://eduroam.myren.net.my/