Mobile Web

Capaian Pantas

Aplikasi Sistem:    
o| SPMP POLISAS o | HRMIS o| CIDOS 4.0
o| Sijil ONLINE o | eKSS  
o| TransBooking o| 1L5G  
o| Email  o| Direktori Staf  
o| Aduan ICT o| Web KOHA  
Muat Turun Popular:
o| Pengenalan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan : OHSMS (Kategori : Staf )    
o| Garis Panduan KPI Pensyarah Pelawat Industri (PPI) 2013-2015 ( Kategori : Pensyarah )
   
o| Borang Semakan Semula Skrip Jawapan ( Kategori : Unit EXAM )    
o| Dokumen FRP ( Kategori : Pensyarah )
   
o| Guide To Blooms's Taxonomy ( Kategori : Pensyarah )    
Bantuan/Aid, Tools & Resources
o| Manual Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) :?Tukar Katalaluan?
o| Manual Sistem eTRANSKRIP :<< Klik Disini>>
o| Manual Aplikasi Web KOHA :<< Klik Disini>>
o| Manual Sistem 1L5G :<< Klik Disini : Pelajar>><< Klik Disini : Pensyarah>>
o| Manual Sistem eDirectory :<< Klik Disini>>

 

A++   A--  
Menu

Hebahan Terkini

Kategori : PELAJAR

YURAN PENGAJIAN

Semua yuran yang dikenakan mestilah dijelaskan:-
Yuran-yuran yang perlu dibayar oleh pelajar bagi setiap semester adalah seperti berikut: (Tertakluk kepada perubahan)

a) Yuran Pengajian : RM 200.00 ?
b) Yuran Kamsis* : RM 60.00 ?
c) Yuran Pendaftaran : RM 600.00 (Semasa pendaftaran Semester 1 Sahaja) ?
(Maksima) ?
? ?
Catatan : * bagi mereka yang ditawarkan kamsis

?

PENGURUSAN BIASISWA/PINJAMAN

?

Pengenalan

Di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah menyediakan pelbagai pinjaman/biasiswa untuk pelajar-pelajar. Di antaranya ialah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Biasiswa/Pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Pinjaman/Biasiswa JPA), Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), MARA, Yayasan Negeri, Pinjaman Kerajaan Negeri, Kouk Foundation Education Award dan lain-lain lagi.

?

A : PINJAMAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

i. Tajaan

PTPTN hanya menaja pelajar-pelajar Diploma dan Integrasi sahaja. Jumlah yang ditawarkan bergantung kepada pendapatan ibu bapa/ penjaga. Kadar penuh yang ditawarkan setakat ini ialah RM 5000.00 setahun/RM 2500 untuk satu semester.

?

ii. Syarat-syarat permohonan dan kelayakan

?

a) Warganegara Malaysia;

?

b) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

?

c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;


d) Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;


e) Telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;


f) Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.


g) Pelajar yang ingin memohon PTPTN haruslah membeli No Pin Bank Simpanan Nasional(BSN) bernilai RM5.00. Kemudian harus mendaftarkan

butiran diri di laman web PTPTN.


h) Mulai 1 Jan 2012, pelajar wajib membuka akaun SSPN di Maybank bernilai RM20.00 untuk tujuan pembiayaan permohonan PTPTN.


i) Tidak mempunyai penaja atau penganjur lain.


j) Sekiranya pernah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian yang terdahulu, tetapi gagal atau berhenti dari menamatkan pengajian, pelajar hanya

boleh memohon pinjaman kali kedua setelah melangsaikan bagi hutang terdahulu.

?

?

?

iii. Penyerahan Borang Permohonan

?

Semua penyerahan borang permohonan hendaklah dibuat melalui Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah denga nmenyertakan dokumen-dokumen sokongan berikut yang telahdisahkan.Pelajar-pelajar baru digalakkan menyediakannya sebelum datang mendaftar ke politeknik.

Dokumen-dokumen sokongan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada mukasurat yang sama)

ii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). (Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun Peperiksaan diambil boleh diterima pakai)

?

iii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web POLITEKNIK)

?

iv. Salinan Buku Akaun Bank Islam (mukasurat yang tercatat nombor akaun)/Salinan Slip Deposit/Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian.

?

v. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.

?

vi. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan)/Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu)/ Salinan Kad Pesara/Salinan Pengesahan Tidak Bekerja - IBU BAPA/PENJAGA/PEMOHON/PASANGAN PEMOHON.

?

vii. Salinan Sijil Kematian/Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu/bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

?

viii. Salinan Surat Pengesahan/Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pusat Zakat/ sekiranya pemohon/ibubapa kandung/penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan.

?

ix. Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan keatas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti berikut:-

?

i. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar dari IPT. Pengesahan daripada KetuaJabatan/Ketua Program/Pegawai Hal EhwalPelajar.

?

ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.

?

B : PINJAMAN /BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Pinjaman/biasiswa ini akan ditawarkan melalui politeknik setelah iklan dikeluarkan dilaman web atau dipaparkan melaui jabatan masing-masing.

i.Kaedah Memohon Setelah iklan adalah secara online melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

ii.Syarat-syarat permohonan

(a) Warganegara Malaysia.

(b) Umur pelajar mestilah tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan.

(c) Telah mendaftar diri untuk belajar di politeknik ini.

(d) Memperolehi sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam Bahasa Melayu dan memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.

?

C : YAYASAN NEGERI DAN PINJAMAN KERAJAAN NEGERI

Bagi Pinjaman Kerajaan Negeri dan Yayasan Negeri pelajar-pelajar boleh memohon sendiri melalui negeri masing-masing sebaik sahaja menerima tawaran masuk ke politeknik.

?

D : LAIN-LAIN BIASISWA ATAU PINJAMAN

Dari semasa ke semasa pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah akan mengeluarkan iklan atau memaklumkan kepada pelajar-pelajar melalui jabatan masing-masing jika terdapat sebarang tawaran pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain atau penaja-penaja baru.


Makluman Tambahan

1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (Klik Disini)

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn

Aplikasi On-Line

Go to top