Menu

Kategori : UMUM?

Pengenalan?

Perkhidmatan kaunseling dan kerjaya telah diperkenalkan di institusi pendidikan di Malaysia sejak awal tahun 60an?lagi di mana aspek perkhidmatan lebih tertumpu dalam? bidang ?bimbingan vokasional dan pendidikan. Maka wujudlah unit yang dikenali sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Politeknik.?

Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya secara berkesan di Politeknik.

Pada tahun 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 29 Tahun 2007 iaitu perubahan Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor kepada Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi.

Sehubungan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Politeknik kini telah berubah wajah dan dikenali sebagai Unit Psikologi dan Kerjaya (UPsiK) selaras dengan penempatan Pegawai Psikologi bagi menggantikan jawatan Pegawai Kaunseling oleh pihak JPA ke Kementerian Pengajian Tinggi di setiap Politeknik di seluruh Malaysia.

Visi

Menyediakan perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling, dan Kerjaya yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan staf-staf Politeknik

Misi

Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling,dan Kerjaya? yang profesional bagi meningkatkan taraf Psikologi klien melalui Program Pembangunan, Perkembangan, Pencegahan Dan Intervensi

Perkhidmatan

Bidang tugas Psikologi

1. Membantu melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.

2. Mengurus dan melaksanakan modul program pembangunan modal insan.

3. Membantu melaksanakan pemantauan penyelidikan dan kajian pembagunan modal insan.

4. Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidamatan psikologi dan kaunseling.

5. Mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.

6. Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan pencegahan dan pemulihan.

7. Membantu mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

8. Membantu memberi khidmat psikoterapi rawatan kepada klien.


Perkhidmatan yang diberikan:-

  • Akademik
  • Kerjaya
  • Psikososial
  • Peribadi
  • Keluarga

    Jenis Perkhidmatan
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Bimbingan Individu
  • Bimbingan Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • Kaunseling Keluarga
  • Konsultasi
  • Bimbingan
  • Intervensi Krisis

Bidang kerjaya( KAUNSELING KERJAYA)

1. Memberikan kaunseling kerjaya dengan menggunakan alat ujian kerjaya kepada para pelajar dan staf politeknik.

2. Memastikan setiap jabatan dalam politeknik menyediakan penyelaras bimbingan kaunseling jabatan bagi tujuan melancarkan urusan kerjaya pelajar.

3. Memaksimumkan usaha menghebahkan kepada pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan dan peluang menyambung pelajaran yang ditawarkan.

4. Menyediakan senarai nama pelajar kepada pihak kerajaan dan swasta yang mempunyai peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian pelajar.

5. Sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan institusi-institusi yang ingin mendapatkan khidmat pencarian graduan yang sesuai dengan penawaran peluang pekerjaan

?

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top