Menu

Kategori : UMUM

Maklumat Jabatan Sukan,Kokurikulum Dan Kebudayaan


Pengenalan

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) POLISAS merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus dan melaksanakan segala aktiviti dan kemudahan sukan, pembelajaran dan pengajaran serta kebudayaan di POLISAS. Dalam aktiviti kokurikulum berkredit, JSKK bertindak mengurus dan merancang perlaksanaan kursus Kokurikulum Sukan, Kelab dan Badan Beruniform. Kursus ini menekankan kepada kemahiran asas, pengurusan organisasi dan ilmu beruniform yang mana sesuai dengan perkembangan mental, minat, bakat dan pembentukan nilai-nilai estetika pelajar.

 

Visi

Menjadi Pusat Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan dalam melahirkan graduan TVET yang berdaya saing dan mempunyai pelbagai kemahiran.

 

Misi

  1. Memastikan pencapaian akademik Kokurikulum diparas kelulusan 90%.
  2. Menjadi Pusat Kecemerlangan Sukan Tumpuan dan menggilap bakat sukan ke peringkat tertinggi.
  3. Menambahbaik dan memberi peluang kepada semua pelajar mengembangkan bakat kepimpinan melalui aktiviti unit beruniform, sukan, kelab dan seni kebudayaan.

 

Matlamat

Membantu melahirkan graduan yang berketerampilan, kreatif dan kritis, mempunyai sifat kepimpinan yang inovatif dan jati diri yang jitu.

 

Objektif

  1. Merancang serta melaksana aktiviti yang bermakna dan berfaedah untuk memenuhi masa lapang siswa-siswi.
  2. Memberi peluang kepada siswa-siswi untuk mengaplikasikan kemahiran asas yang telah dipelajari berdasarkan pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti kokurikulum.
  3. Memupuk semangat perpaduan, memperkukuhkan semangat muhibah, interaksi dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

 

 

Senarai KelabAktiviti & Kokurikulum KKR2001

Pasukan Beruniform

Sukan

Kelab Dan Persatuan

  • Askar Wataniah
  • Bomba Dan Penyelamat
  • Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Pasukan Latihan Askar Simpanan (TUDM)
  • Polibriged 2
  • Pergerakan Puteri Islam
  • St. John Ambulance

 

 

 

  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Kembara
  • Hoki
  • Olahraga
  • Ping Pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Silat
  • Sofbol
  • Taekwon-Do
  • Tenis
  • Audio Visual
  • Bahasa Inggeris
  • Kaunseling
  • Komputer
  • Mesra Alam
  • Pengguna

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile