Kategori : UMUM
Perutusan Pengarah
Selamat datang ke Portal Rasmi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Pentadbir portal rasmi POLISAS kerana berjaya membangunkan sendiri portal rasmi POLISAS sejajar dengan perkembangan yang kian pesat dalam Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) sekaligus dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada orang awam dengan mudah dan cepat. Dengan ini pembinaan portal rasmi POLISAS telah membuka lembaran baru yang bertujuan memperkenalkan POLISAS kepada masyarakat tempatan khususnya dan negara-negara luar amnya.
Sebagai Politeknik kedua tertua di negara ini, kejayaan melahirkan begitu ramai tenaga separa professional ini merupakan satu sumbangan besar kita kepada kekuatan sektor awam dan swasta dalam memenuhi pasaran tenaga kerja terlatih di Malaysia. Sejak kali pertama mengeluarkan graduan sulungnya pada tahun 1978 iaitu seramai 71 orang, sehingga hari ini POLISAS telah berjaya melahirkan seramai 51,534 orang graduan.
Kini POLISAS sedang melatih seramai lebih 6,395 orang pelajar dengan dibantu oleh seramai kira-kira 500 orang staf akademik yang mahir dan berketrampilan dalam pelbagai bidang.Dengan kepakaran dan sumber yang ada, kita yakin bahawa Politeknik ini akan dapat melaksanakan usaha yang berterusan untuk mengangkat mertabat graduan yang dihasilkan selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri, untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang pakar dalam pelbagai bidang.
Sejajar dengan itu POLISAS berazam untuk melahirkan graduan berketrampilan berlandaskan kepada kecemerlangan staf, pengurusan serta prasarana yang kondusif dalam menjana pembangunan modal insan negara serta beriltizam menjadi Institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknorat separa profesional.
POLISAS juga sentiasa komited dan bersedia memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti selari dengan hasrat untuk mencapai kepuasan hati pelanggan. Diharap dengan ada nya Portal ini akan dapat memberi lebih lagi maklumat dan informasi yang terkini tentang politeknik secara amnya dan mengenali POLISAS dengan lebih mendalam lagi.
?
?
PUAN NOREHAN BINTI SILEK, AAP.
Pengarah POLISAS