Persidangan Pendidikan (Penyelidikan Dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (NCiE-TVET)


Persidangan Pendidikan (Penyelidikan Dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (NCiE-TVET) akan diadakan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan  pada 27 hingga 28 September 2016. POLISAS telah dipilih untuk selaku tuan rumah bagi persidangan NCiE-TVET kali ke-6 ini.

Persidangan NCiE-TVET ini adalah merupakan program anjuran bersama Jabatan Pendidikan Politeknik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Management and Science University. Acara tahunan ini adalah merupakan salah satu platform kepada tenaga akademik untuk mengetengahkan idea, hasil penyelidikan serta penemuan baharu untuk dimanfaatkan oleh para pensyarah, pelajar, industri serta masyarakat.

Selain daripada itu, penemuan-penemuan baharu mahupun input yang diperolehi sepanjang persidangan ini diharap mampu menyumbang kepada penambahbaikan di dalam kurikulum TVET dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti modal insan negara kita.

Hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian pembukaan NCiE-TVET 2016 adalah Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pendidikan Politeknik, Y.Bhg. En. Shabudin Bin Man. Manakala Penyampai ucaptama yang akan hadir pula adalah Professor Dato' Michael Tio yang merupakan CEO PKT Logistics Group Sdn Bhd dan Professor Ramayah Thurasamy dari Sekolah Pengurusan Universiti Sains Malaysia.

Pendaftaran penyertaan boleh dilakukan secara atas talian melalui URL : http://myevent.polisas.edu.my

Tarikh-Tarikh Penting

Panggilan Kertas Kerja :
15 April 2016

Tarikh Akhir :

Penerimaan Kertas Penyelidikan :  (Tamat)
06 Ogos 2016

Pembetulan Kertas Penyelidikan (Dilanjutkan):
20 Ogos 2016