Umum

Kategori : UMUM

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah ditubuhkan pada tahun 1981. Jabatan ini menjalankan segala tanggungjawab menyediakan perkhidmatan, menjaga kebaji- kan dan membangunkan sahsiah pelajar. JHEP merangkumi tiga(3) unit utama iaitu Unit Pengambilan & Data, Unit Kebajikan dan Disiplin serta Unit Pengurusan Psikologi.

 

 

 

 

OBJEKTIF JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar beriltizam untuk menggerakkan seluruh warganya menjayakan objektif berikut :

  • Membentuk pelajar ke arah kecemerlangan akademik melalui program pembangunan pelajar, penyediaan kemudahan yang kondusif dan perkhidmatan yang
  • Membudayakan pelajar dengan amalan beretika, berdisiplin dan bersahsiah mulia.
  • Memperkasakan pelajar dengan kemahiran insaniah melalui aktiviti terancang dan
  • Melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing dalam semua kerjaya.

AKTIVITI DAN PERSATUAN PELAJAR

Badan-badan pelajar yang berdaftar di bawah HEP terdiri daripada Persatuan Jabatan Akademik,Kelab Akademik, Kelab Sosial, Kelab Kebudayaan dan Kesenian, Kelab Eksekutif, Kelab Sukan dan Rekreasi dan Badan Beruniform. Kesemua kelab-kelab pelajar dinaungi oelh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

  • Menjadi wakil pelajar dalam mengemukakan isu, masalah dan cadangan kepada pihak Pengurusan Tertinggi
  • Merencana, melaksana dan menyelia aktiviti-aktiviti luar kuliah yang bersifat kerohanian, akademik, keusahawanan, kesukarelawanan dan lain-lain.
  • Memberi khidmat nasihat kepada kelab-kelab pelajar dalam melaksanakan

aktiviti dan program pelajar.

  • Mengadakan kursus kepimpinan secara berkala untuk badan-badan

* Majlis perwakilan pelajar POLISAS dipilih melalui proses Pilihanraya Kampus

 

BADAN-BADAN PELAJAR YANG BERDAFTAR

PERSATUAN JABATAN AKADEMIK

Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam (PePKA) Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik (Elektron) Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (Mechy) Persatuan Pelajar Perdagangan (Commersive) Persatuan Pelajar Teknologi Makanan (Ketema)

 

KELAB AKADEMIK

Kelab Geomatik                      Kelab Seni Bina

Kelab Setiausaha                    Kelab ROBOSAS Accountancy Club

Kelab Matematik dan Sains Kelab Logistic and Supply Chain Kelab E – Commerce

 

BADAN-BADAN PELAJAR YANG BERDAFTAR

KELAB KEBUDAYAAN DAN SOSIAL

Kelab Kebudayaan dan Warisan POLISAS Kelab Orator POLISAS (ORASAS)

Kelab Pembimbing Rakan Siswa POLISAS Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelab Multimedia POLISAS (KMP)

 

KELAB SUKAN DAN REKREASI

Kelab Sukan dan Rekreasi POLISAS (SRC) Kelab Memanah POLISAS

 

KELAB EKSEKUTIF/KHAS

Yayasan Sukarelawan Politeknik (YES POLISAS) Kelab MyAGROSIS POLISAS

Sekretariat Rakan Integriti Malaysia (RIM) Sekretariat Rukun Negara POLISAS (SRNPOLISAS) Gerakan Pengguna Siswa (GPS)

 

BADAN BERUNIFORM

Askar Wataniah 505 POLISAS (AW) Pengakap Kelana

Bridged Kesukarelawan Siswa (RELASIS)

Pasukan Institusi Sukarelawan Pertahanan Awam (PISPA) Pasukan Pandu Puteri POLISAS

 

* Pelajar boleh mengemukakan kertas cadangan penubuhan kelab kepada Pejabat HEP jika berminat menubuhkan kelab baharu


 

Kategori : UMUM

Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Tahun 2019

Cuti Umum / Kelepasan Am Hari Tarikh
Tahun Baru 2019 Selasa 01 Januari 2019
Tahun Baru Cina Selasa & Rabu 05 & 06 Februari 2019
Hari Pekerja Rabu 01 Mei 2019
Hari Hol * Selasa 07 Mei 2019
Hari Wesak  Ahad 19 Mei 2019
Hari Nuzul al-Quran * Rabu 22 Mei 2019
Hari Raya Puasa / Aidilfitri ** Rabu & Khamis 05-06 Jun 2019
Hari Raya Haji / Aidil Adha Ahad 11 Ogos 2019
Hari Kebangsaan Sabtu 31 Ogos 2019
Awal Muharam (Maal Hijrah) Ahad 01 September 2019
Hari Keputeraan YDP Agong * Isnin 09 September 2019
Hari Malaysia Isnin 16 September 2019
Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang * Khamis 24 Oktober 2019
Hari Deepavali Ahad 27 Oktober 2019
Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) Sabtu 09 November 2019
Hari Krismas Rabu 25 Disember 2019

* Hari cuti umum / kelepasan am negeri Pahang sahaja
** Tertakluk kepada perubahan

PERINGATAN

  1. Apabila hari kelepasan am / cuti umum itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan / cuti umum yang lain, maka hari tersebut akan digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan / cuti umum, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan / cuti umum.
  2. Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika hari kelepasan am / cuti umum itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah hari kelepasan am / cuti umum dan tidak akan digantikan dengan / pada hari-hari yang lain.



 Kategori : UMUM

Senarai Penginapan Berhampiran POLISAS

 Kategori : UMUM

Polisi Penjimatan Tenaga POLISAS

Go to top