Kategori : UMUM

Maklumat Umum MS ISO 9001:2008 POLISAS

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

POLISAS melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Perkhidmatan Latihan Separa Profesional di peringkat sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi makanan bagi memenuhi visi dan misi penubuhannya dan memenuhi kehendak Negara berasaskan Piawaian MS ISO 9001:2008.

DASAR KUALITI

Dasar kualiti POLISAS adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi makanan melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. POLISAS komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem.

OBJEKTIF KUALITI

KECEMERLANGAN AKADEMIK

  1. 1.Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90%.
  1. 2.Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 untuk setiap program bagi setiap semester.
  1. 3.Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 80% penyeliaan terhadap pelajar yang menjalani Latihan Industri di tempat latihan.
  1. 4.Berusaha memastikan kadar kelulusan bagi pelajar yang menjalani Latihan Industri tidak kurang dari 98% bagi setiap semester.
  1. 5.Berusaha memastikan 95% pelajar lulus kokurikulum bagi setiap semester.

KECEMERLANGAN STAF

  1. 1.Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun.
  1. 2.Melaksanakan sekurang-kurangnya 85% daripada program di dalam Jadual Perancangan Latihan Staf tahunan.

KECEMERLANGAN PROSES

Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top