Kategori : PELAJAR

Makluma Peperiksaan Sesi DIsember 2018

KEPUTUSAN RASMI

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi DIS 2018 adalah pada 15 MEI 2019 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.

Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;

    i) Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 15 MEI 2019

    ii) Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my (Perkhidmatan on-line: i-exam)

    iii)Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS:

           Pej. Am: 09 - 5655348 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655349

 

RAYUAN

Tarikh akhir rayuan bagi Sesi DIS 2018 pada 31 MEI 2019. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 17 JUN 2019.

      i) Rayuan Untuk Menyemak Semula Skrip Jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos/kiriman wang atas nama PENGARAH POLISAS  serta muat turun LAMPIRAN 1.

      ii) Rayuan Keputusan Peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 dalam bentuk wang pos/kiriman wang atas nama PENGARAH POLISAS dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana LAMPIRAN 2 kepada:

  Pengarah

  Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

  Semambu, 25350 Kuantan, Pahang

  (u.p: Pegawai Peperiksaan)                                          *Sila nyatakan no. telefon apabila berurusan untuk tindakan SEGERA

  atau melalui e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sila nyatakan no. telefon anda apabila berurusan untuk tindakan SEGERA

Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bahan/dokumen bukti yang berkaitan sebagai sokongan.

                        KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD

 

PENILAIAN KHAS (MP)

Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada 17 Jun 2019 – 9 Julai 2019 dan keputusan rasmi pada 15 Julai 2019

Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)

Tarikh : 17 Jun 2019 (Isnin)

Tempat : AUDITORIUM, POLISAS

Masa : 9.00 Pagi

* KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN

 

 

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima melalui email dari Unit Peperiksaan, POLISAS pada 29/04/2019 jam 12:16 tengah hari.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn