Kategori : UMUM

Penghantaran Dokumen PTPTN kelompok kedua sesi JUN 2019

Dimaklumkan segala penghantaran dokumen pinjaman PTPTN kelompok kedua boleh dihantar terus ke cawangan PTPTN yang terhampir

Sila ikuti arahan yang diberikan:

 

1.  Sila semak butiran dokumen seperti  institusi,jurusan,kod program ,no akaun bank dan tempoh tajaan dan pastikan ia sama seperti surat tawaran belajar yang dikeluarkan

2.  Cetak dokumen perjanjian sebanyak 2 set( salinan fotokopi adalah dilarang sama sekali)

3.  Lengkapkan segala tandatangan,tarikh menggunakan pen dakwat hitam sahaja (mukasurat 2-6 dan 10-15)

4.  Tandatangan saksi boleh diperolehi melalui pegawai kerajaan gred A seperti guru,pensyarah atau lain-lain gred 41 keatas sahaja

5.  Pastikan tandatangan saksi berserta cop dan no ic yang lengkap

6.  Kosongan tandatangan pada mukasurat 9/15 oleh kerana ia ruangan untuk pihak PTPTN sahaja

7.  Sila lekatkan setem hasil rm10.00 pada mukasurat 7/15

8.  Sila lampirkan surat tawaran belajar serta dipalangkan di tengah-tengah surat tawaran dan didalamnya di tulis"untuk kegunaan PTPTN sahaja"

9.  Untuk pelajar yang memohon PTPTN semester 2 dan keatas,sila lampirkan surat pengesahan belajar yang boleh

     diperolehi dari jabatan masing-masing berserta salinan keputusan peperiksaan

10.  Lengkapkan lampiran A

11.  Pastikan kesemua telah dilengkapkan dan dihantar terus ke cawangan PTPTN sebelum/pada 16 Ogos 2019

 

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima melalui email daripada En.Muhamad Hanis Bin Abd Razak (JHEP,POLISAS) pada 13/08/2019 jam 11:34 pagi.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn