Mobile Web

Capaian Pantas

Aplikasi Sistem:    
o| SPMP POLISAS o| SPMP PPJ o| CIDOS 1.8
o| eTRANSKRIP o | eKSS o| CIDOS 2.5
o| TransBooking o| 1L5G o | HRMIS
o| Email 1GovUC o| Direktori Staf  
o| Aduan ICT o| Web KOHA  
Muat Turun Popular:
o| Pengenalan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan : OHSMS (Kategori : Staf )    
o| Garis Panduan KPI Pensyarah Pelawat Industri (PPI) 2013-2015 ( Kategori : Pensyarah )
   
o| Borang Semakan Semula Skrip Jawapan ( Kategori : Unit EXAM )    
o| Dokumen FRP ( Kategori : Pensyarah )
   
o| Guide To Blooms's Taxonomy ( Kategori : Pensyarah )    
Bantuan/Aid, Tools & Resources
o| Manual Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP POLISAS & SPMP PPJ)
a) Modul iDaftar b) Tukar Katalaluan c) Modul iUPLI d) Modul iDaftar:Sticker
o| Manual Sistem eKONVO :<< Klik Disini>>
o| Manual Sistem eTRANSKRIP :<< Klik Disini>>
o| Manual Aplikasi Web KOHA :<< Klik Disini>>
o| Manual Sistem 1L5G :<< Klik Disini : Pelajar>><< Klik Disini : Pensyarah>>
o| Manual Sistem eJubah :<< Klik Disini>>
o| Manual Sistem eDirectory :<< Klik Disini>>
A++   A--  

Hebahan Terkini

Kategori : STAF

 
1GovUC
 
KLIK DISINI untuk login email 1GovUC
 
Bermula 7/3/2014, semua emel luar (gmail,yahoo,emel KPM,emel JPP, emel politeknik ) tidak lagi boleh dihantar/diterima melalui emel POLISAS sebaliknya akan melalui emel 1GovUC. Penetapan konfigurasi ini telah diaktifkan di pihak Penyedia 1GovUC dan MAMPU pada 6/3/2014 kepada semua agensi di bawah kementerian termasuk KPM.
 
Untuk itu, dipohon Tuan/Puan agar menggunakan emel 1GovUC bagi urusan komunikasi rasmi mulai 7/3/2014. Emel POLISAS masih boleh diakses bagi tujuan backup sahaja tetapi tidak dapat menerima/menghantar kepada pihak luar sebelum 7/5/2014 .
 
Sedikit maklumat berkaitan projek 1GovUC:
1GovUC merupakan inisiatif kerajaan di bawah EPP2-1: Perkhidmatan Gunasama Kerajaan yang dilaksanakan oleh MAMPU. Bermula 28hb Feb 2014, migrasi emel telah mula dilaksanakan di pelbagai agensi kerajaan termasuk KPM,JPP,Politeknik dan Kolej Komuniti. Telekom Malaysia (TM) Berhad telah ditauliahkan bagi perlaksanaan 1GovUC ini.
 
FAQ:
1. Kapasiti mailbox yang diperuntukkan adalah sebanyak 500Mb dan tidak mencukupi.Apakah alternatif yang disediakan?
- Sekiranya anda memasang dan menggunakan MS Outlook 2010 untuk mengakses emel 1GovUC, emel akan disimpan di PC dan kapasiti emel boleh melebihi 500Mb bergantung kepada saiz hardisk PC anda. Fungsi archive di MS Outlook 2010 akan memastikan mailbox anda tidak melebihi 500Mb dengan cara mengarkibkan emel lama anda ke folder archive.
- Sebaliknya sekira anda menggunakan webmail 1GovUC, anda mesti memastikan kapasiti mailbox tidak melebihi 500Mb atau anda tidak dapat lagi menerima/menghantar emel menerusi emel 1GovUC.
 
2. Bagaimana hendak memaklumkan kepada pihak luar berkenaan nama akaun emel kita?
- Bagi tujuan maklumat komunikasi dengan pihak luar, anda masih menggunakan @polisas.edu.my. Sebagai contoh, sekiranya syarikat ABC ingin menghantar emel kepada Ali, beliau boleh emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. seperti sebelum ini.
-
3. Bagaimana kami ingin mengekalkan identiti emel agensi iaitu @polisas.edu.my sekiranya terpaksa menggunakan @1govuc.gov.my?
- Identiti agensi masih dikekalkan seperti biasa. Anda masih boleh memaklumkan pihak luar emel @polisas.edu.my anda. Format @1govuc.gov.my hanya format untuk log masuk ke emel 1govUC sekiranya anda mengakses melalui webmail.
 
4. Berapa kapasiti diperuntukkan?
- Bagi Gred 52 ke bawah, 500Mb diperuntukkan manakala bagi Gred 54 ke atas diperuntukkan 4Gb.
 
5. Apakah perbezaan menggunakan webmail dengan outlook?
- Webmail diakses menggunakan pelayar web ( browser ) seperti IE,Mozilla,Chrome menerusi URL : https://webmail.1govuc.gov.my manakala Outlook di install di PC atau mobile device dan perlu sedikit penetapan konfigurasi berpandukan manual pengguna yang telah diemel sebelum ini.
- Kapasiti Webmail adalah 500Mb manakala kapasiti Outlook 2010 boleh melebihi 500Mb dengan adanya fungsi archive bergantung saiz hardisk.
- Fungsi di Outlook 2010 lebih banyak berbanding fungsi di webmail.
 
6. Bagaimana dengan polisi katalaluan ?
- Anda diminta segera menukar katalaluan default kepada katalaluan baru (sekurang-kurangnya 12 karakter, mempunyai simbol, dan capital letter dan tidak mengandungi sebahagian nama akaun pengguna melebihi 2 aksara berturut-turut). Katalaluan hendaklah ditukar setiap 90 hari dan tidak boleh menggunakan kembali 4 katalaluan terakhir yang telah digunakan. Polisi ini ditetapkan oleh MAMPU atas dasar keselamatan maklumat.
-
7. Bagaimana ingin menghantar emel ke group emel POLISAS?
- Group emel POLISAS seperti allgroup,managementgroup dan sebagainya sedang disediakan oleh pihak TM selaku vendor 1GovUC dalam masa terdekat. Selepas ianya selesai diwujudkan, anda boleh menggunakan group emel seperti sediakala.
 
8. Apakah faedah perlaksanaan 1GovUC?
- Faedahnya adalah penjimatan kos pengurusan ICT ( kos selenggara server dan tenaga kerja pentadbir IT), penerapan inisiatif teknologi hijau dan peningkatan kecekapan urusan komunikasi.
 
9. Dengan siapa boleh saya hubungi sekiranya terlupa katalaluan?
- Sekiranya terlupa katalaluan, anda diminta menelefon 1MOCC 1GovUC di talian 03-8000 8000. Urusan reset katalaluan hanya dibuat oleh pihak 1GovUC.
 
Pihak kami akan adakan latihan kepada semua Juruteknik Komputer POLISAS untuk membantu anda dalam perlaksanaan emel 1GovUC di POLISAS. Selain itu, satu bengkel hands on penggunaan emel 1GovUC akan kami sediakan dalam masa terdekat bagi memberi penerangan lebih terperinci berkaitan proses backup,archive dan fungsi Outlook 2010.
 
Beserta ini dilampirkan manual dan slide berkenaan 1GovUC yang turut boleh diperolehi di http://www.1govuc.gov.my.
 
Diharap agar perlaksanaan 1GovUC di POLISAS dapat diterima baik dan dimanfaatkan sepenuhnya.
 
 
 
 
 
 
Sumber : Maklumat hebahan ini diterima melalui email daripada En.Syamsul Iskandar Bin Shamsuddin (Ketua Unit Pengurusan Sistem Maklumat,POLISAS),pada 11/03/14 jam 08:21 pagi.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn

Aplikasi On-Line

Link Agensi

1malaysia MYID MSCMalaysia MAMPU YIM
MyGovernment KPM JPA POLITEKNIK HALAL
SENARAI POLITEKNIK EPSA MDEC Jobs Malaysia
Go to top