Hebahan Pelajar

 Kategori : PELAJAR

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Jun 2019

  • Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik Malaysia Sesi Jun 2019 akan dijalankan pada 19 Oktober  -  9 November 2019.
  • Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester SESI JUN 2019 mengikut jabatan dan tempat peperiksaan yang akan dijalankan.
  • Pelajar juga boleh membuat semakan dengan melayari capaian laman web

Bahagian peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik (http://bpn.mypolycc.edu.my/) pada pautan PEPERIKSAAN di ruangan MENU.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disertakan juga FAQ bagi kes-kes yang biasa mendapat perhatian untuk panduan (KLIK DISINI).

 

 

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima melalui email dari Unit Peperiksaan, POLISAS pada 11/10/19 jam 10:22 pagi.

 

Kategori : PELAJAR

Makluma Peperiksaan Sesi Jun 2019

KEPUTUSAN RASMI

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi Jun 2019 adalah pada 30/11/2019 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.

Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;

i) Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 30/11/2019

ii) Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my (Perkhidmatan on-line: i-exam)

iii)Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS:

Pej. Am: 09 - 5655348 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655349

 

RAYUAN

Tarikh akhir rayuan bagi Sesi Jun 2019 pada 13 Disember 2019. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 30/12/2019.

i) Rayuan Untuk Menyemak Semula Skrip Jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos/kiriman wang atas nama PENGARAH POLISAS serta muat turun LAMPIRAN 1.

ii) Rayuan Keputusan Peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 dalam bentuk wang pos/kiriman wang atas nama PENGARAH POLISAS dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana LAMPIRAN 2 kepada:

Pengarah

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Semambu, 25350 Kuantan, Pahang

(u.p: Pegawai Peperiksaan) *Sila nyatakan no. telefon apabila berurusan untuk tindakan SEGERA

atau melalui e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sila nyatakan no. telefon anda apabila berurusan untuk tindakan SEGERA

Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bahan/dokumen bukti yang berkaitan sebagai sokongan.

KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD

 

PENILAIAN KHAS (MP)

Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada 30/12/2019 – 24/01/2020 dan keputusan rasmi pada 29/01/2020

Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)

Tarikh 30/12/2019 (Isnin)

Tempat : AUDITORIUM, POLISAS

Masa : 9.00 Pagi

* KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima melalui email dari Unit Peperiksaan, POLISAS pada 18/11/2019 jam 08:30 pagi.

Kategori : PELAJAR

Sistem Pendaftaran MUET Di POLISAS Kini Dibuka

Untuk maklumat pelajar, Sistem pendaftaran peperiksaan MUET di POLISAS dibuka mulai 14 November 2019 sehingga 03 Januari 2020 ATAU sehingga calon mendaftar telah mencapai bilangan 350 orang.

Pastikan pelajar membaca tatacara pendaftaran ini terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran secara online

 

>> Tatacara pendaftaran (KLIK DISINI)

1) Beli No.Pin MUET (RM101) di Bank Simpanan Nasional

2) Cetak dan hantar ke kaunter Jabatan Pengajian Am (JPA) selewat-lewatnya 03 Januari 2020

     :: Salinan slip pendaftaran MUET online >> Daftar Online : (KLIK DISINI)

     :: Salinan Kad Pengenalan dan

     :: Salinan Slip BSN MUET

3) Semak butiran peribadi anda di FB page : MUET @ POLISAS atau papan kenyataan MUET di luar JPA pada 13 Januari 2020

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima dari kumpulan AJK MUET POLISAS pada 12/11/2019.

 

Kategori : PELAJAR

Panduan Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2019

Pendaftaran Pelajar Tamat LI SESI JUN 2019 ( 1 JULAI 2019 – 15 NOVEMBER 2019)

             Tarikh           :  18 NOVEMBER 2019 (ISNIN)                    

              Masa            :  8.00 PAGI

             Tempat         :  JKA – PJ108

                                          JKE –  DEWAN KULIAH 2

                                          JKM – BILIK MESYUARAT JKM

                                          JTM –  BK 2A DAN BK 2B

                                           JP    -  BK 1-4

Tentatif Program

 8.00 pagi                  –  Pendaftaran pelajar

                                --  Semakan dokumen mengikut jabatan

                                --  Pembentangan bersama pensyarah penyelia sehingga

                                    5 PM, 21 NOVEMBER 2019

                                                   

  • Pakaian Lelaki   – Kemeja bertali leher, seluar slack dan rambut pendek dan kemas
  • Pakaian perempuan   – Pakaian sopan dan menutup aurat

1. Untuk tujuan pendaftaran tamat latihan sila pastikan anda membawa bersama :

         i.  Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri (Diisi oleh pihak syarikat)

         ii.  Appendix 1 & 2, My Internship B . (Diisi oleh pihak syarikat)

         iii. Buku Jurnal Refleksi yang telah lengkap.

         iv. Laporan Akhir (Siap 100% Jilid/Binding) dan email softcopy  dalam bentuk pdf) sebelum hari pendaftaran.

          v. Cetakkan “Presentation slide” dan email softcopy dalam bentuk slide Show.

( item iv dan v perlu diemail ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atas nama No. PENDAFTARAN PELAJAR masing-masing. Size maximum fail adalah 15 MB) Rujuk contoh yang diberikan.

 

Contoh :

 

 

2.  Ketiga-tiga perkara 1 ( i, ii & iii ) tersebut di atas hendaklah di sahkan oleh pihak syarikat (di cop rasmikan oleh pihak syarikat.) Perlu diingatkan tanpa kelima-lima perkara di atas, anda tidak layak mendaftar dan dinilai . Surat perakuan sah tamat LI hanya dikeluarkan setelah pelajar melaksanakan kelima-lima perkara di atas.

 3.  Kehadiran sesi pembentangan adalah WAJIB. Sekiranya pelajar tidak hadir, maka pelajar akan GAGAL Latihan Industri sesi tersebut. Sila patuhi  etika berpakaian yang telah ditetapkan mengikut Buku Garis Panduan  Pelajar.      

SENARAI PENSYARAH PENILAI SESI JUN 2019 >> KLIK DISINI

PENDAFTARAN  TAMAT LATIHAN  INDUSTRI

 TARIKH       :         18 NOVEMBER  2019 ( ISNIN)

PELUANG PEKERJAAN UNTUK DIPLOMA KEJURUTERAAN

 

CS ECO Glass (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembuatan dan jualan kaca yang diproses untuk seni bina. Syarikat tersebut sedang mencari pekerja dalam lulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Awam. Dipelawa calon-calon yang berminat atau yang belum mendapatkan pekerjaan untuk hadir ke temuduga tersebut. Temuduga akan diadakan pada:

 

Tarikh          : 18 November 2019 (isnin)

Masa           : 1.00 petang

Tempat       : Bilik Mesyuarat JKM

Bil kekosongan     : 20

 

Pelajar yang berminat untuk hadir ke temuduga tersebut diingatkan untuk berpakaian formal dan membawa resume yang lengkap. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengalaman temuduga dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima melalui email daripada En.Murugan a/l Jeevajoty (Ketua UPLI,POLISAS) pada 04/11/2019 jam 07:57 pagi.

 

 

 

Go to top