Sat04192014

Last update06:21:29 AM GMT

Font Size

Profile

Menu Style

Pilihan
Back Home

Pengisytiharan Harta Melalui HRMIS

  • PDF
staffKategori : STAF

PELAKSANAAN PENGISYTIHARAN HARTA MELALUI SISTEM HRMIS

 Dimaklumkan bahawa, POLISAS akan melaksanakan PENGISYTIHARAN HARTA MELALUI SISTEM HRMIS berkuatkuasa pada 02 MEI 2012-31 MEI 2012 (sebulan) bagi semua warga POLISAS. Dimaklumkan bahawa, semua warga POLISAS yang belum melaksanakan pengisytiharan tersebut melalui sistem HRMIS diwajibkan berbuat demikian (walaupun tempoh pengisytiharan harta secara manual belum mencapai tempoh 5 tahun). 

Suka diingatkan bahawa beberapa perkara penting perlu diberi keutamaan sebagaimana berikut ;

 SEBELUM ISYTIHAR

1.   Mengemaskini data rekod peribadi (termasuk mengemaskini status, gaji dan elaun pasangan)

 SEMASA ISYTIHAR

1.   Memastikan maklumat berkaitan harta yang diisytihar seperti yang terdapat di dalam geran, slip gaji dan sebagainya tepat dan benar.

 SELEPAS ISYTIHAR

1.   Memastikan nama 'HAYATI BT KAMARUZAMAN' dipaparkan di skrin tuan/puan selepas butang hantar ditekan. Dimaklumkan juga, bersama-sama ini juga dilampirkan

                a) Modul Panduan Isytihar Harta

                b) Panduan Isytihar Harta Jika Tiada Perubahan

                c) Contoh Isytihar Harta Lengkap

                d) Panduan Papar Harta Yang Telah Diisytihar.

 Untuk pelaksanaan yang lebih jelas, Unit Pentadbiran juga akan mengadakan HARI BERSAMA HRMIS BAGI PELAKSANAAN PENGISYTIHARAN HARTA seperti ketetapan berikut ;-

                                TARIKH   :  14-18 MEI 2012 (Isnin-Jumaat)

                                MASA      :   09.00pg-04.00ptg

                                Tempat   :  Makmal JMSK (U103),

                                                  Blok Pentadbiran

 Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, tuan/puan bolehlah menghubungi (Pn. Hayati samb 307) atau (Pn. Hanim samb 310) di Unit Pentadbiran.

 

 
 
 
 
Sumber : Maklumat hebahan ini diterima daripada Pn. Hayati Binti Kamaruzaman, Pejabat Pentadbiran POLISAS pada 19/04/2012, Jam 05:35ptg.  

Share this post

Last Updated on Thursday, 14 June 2012 22:30