Sat04192014

Last update06:21:29 AM GMT

Font Size

Profile

Menu Style

Pilihan
Back Home

Pendaftaran kelas Dan Ujian MUET

  • PDF

graduated-icon Kategori : PELAJAR

 PENDAFTARAN UJIAN & KELAS PERSEDIAAN MUET NOVEMBER 2012

 

Bagi pelajar yang telah membayar pin MUET, tetapi belum mendaftarkan lagi untuk ke Kelas Persediaan MUET Sesi November 2012, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1.      Sila isi/lengkapkan borang pendaftaran Kelas Persediaan MUET yang boleh didapati di Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan POLISAS beserta bayaran RM100 dan lampirkan sekali dengan satu salinan No Pin MEC anda. Borang juga boleh dimuat turun dengan KLIK DISINI.

2.     Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 10 OGOS 2012 (Jumaat) ke Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan POLISAS untuk tujuan pendaftaran.

3.     Kepada pelajar-pelajar yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan MUET (Sesi Julai 2012). Tarikh tutup pendaftaran untuk memperbaiki keputusan adalah 20 September 2012. Pendaftaran hendaklah dibuat secara individu dengan membayar kepada Pn. Syarini (Jabatan Pengajian Am), bagi memudahkan urusan pembelian pin tersebut tanpa pergi ke BSN.

4.     Bagi pelajar-pelajar yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan MUET (Sesi Julai 2012) dan ingin masuk ke Kelas Persediaan MUET boleh juga menghantar borang selewat-lewatnya pada 10 OGOS 2012 (JUMAAT) ke Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan POLISAS.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

 En. Asrul Bin Zakaria (Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan) 09-5655370

Pn. Syaharini Binti Salleh (Jabatan Pengajian Am) 017-2249125

 

 

Sumber : Maklumat hebahan ini diterima daripada En.Asrul B. Zakaria, Pegawai KSS ULPL POLISAS, pada 26/07/12 jam 09:02 pagi.

Share this post

Last Updated on Tuesday, 28 August 2012 10:39