Kategori : UMUM

Pengenalan


Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya.

Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan  dapat menampung 700 orang pengguna pada satu masa.

Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan Kanan dan dibantu oleh 8 orang kakitangan yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan

Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Library of Congress yang berasaskan abjad. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Perpustakaan KOHA.

Visi

Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.

Misi

Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan


Carta Organisasi dan Direktori Staf (KLIK DISNI)

Keahlian

Semua pembaca perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan POLISAS. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Tempoh keahlian sah sepanjang pengajian pelajar dan perkhidmatan kakitangan POLISAS. Pendaftaran keahlian boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di kaunter pendaftaran.



Kategori Keahlian

Kakitangan POLISAS- Menggunakan Kad pengenalan

Pelajar Pelajar - Menggunakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi; 

Kaunter Pendaftaran
, ext : 336

Aras Bawah , 
Perpustakaan POLISAS


Perkhidmatan Perpustakaan POLISAS

Perkhidmatan Sirkulasi, Pinjaman dan Pemulangan

Perpustakaan POLISAS menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pinjaman kepada Ahli Perpustakaan yang berdaftar. Selain daripada koleksi buku terdapat juga bahan-bahan lain disediakan untuk pinjaman.



Perkhidmatan Kaunter Pertanyaan/Rujukan

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu para pelajar dan pensyarah membuat pencarian bahan  serta mendapatkan pelbagai maklumat. Semua urusan tempahan bilik dan rujukan dibuat di kaunter ini. Lokasi perkhidmatan ini adalah di Aras 1.

Perkhidmatan Web OPAC (On-line Public Access Catalogue)

Dua unit komputer yang ditempatkan di ruang Kaunter Pertanyaan/Rujukan digunakan di perpustakaan untuk membolehkan pelajar menggunakan OPAC untuk mengesan bahan yang terdapat dalam perpustakaan. Perkhidmatan ini juga boleh diakses dari makmal komputer Aras 2. Pengguna boleh membuat carian secara terus melalui laman web POLISAS di alamat http://library.polisas.edu.my/

Ruang Membaca

Perpustakaan POLISAS menyediakan ruang membaca dan rujukan yang selesa. Dalam satu masa, perpustakaan mampu menampung seramai 700 orang pengguna.

Makmal Komputer

Perpustakaan POLISAS menyediakan perkhidmatan Komputer untuk para pelajar mengakses internet, Pengkalan Data melalui Portal U-Pustaka dan kerja-kerja kesetiausahaan. Perkhidmatan ini dibuka bermula 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Portal Sumber Elektronik PNM (PORTAL u-PUSTAKA)

Dengan menjadi ahli kepada portal sumber elektronik PNM, anda akan mendapat keistimewaan untuk mengakses secara eksklusif pelbagai pangkalan data khusus tertentu yang telah dilanggan oleh PNM serta sumber-sumber elektronik yang telah dihasil dan disediakan oleh PNM. Portal sumber elektronik PNM ini boleh dilayari di alamat sesawang berikut http://www.u-library.gov.my/portal/ms/home.

Bagi warga Polisas yang tidak berdaftar, boleh mendapatkan login serta kata laluan dari petugas di kaunter rujukan.

Bilik Tutorial

Terdapat 2 buah Bilik Perbincangan yang disediakan iaitu di Aras Tengah dan Aras 2. Setiap bilik boleh memuatkan 20 orang pelajar dalam satu masa. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi, meja, skrin, papan putih.

Bilik Seminar

Terdapat  bilik seminar di Aras Tengah,Perpustakaan POLISAS yang boleh memuatkan seramai 52  orang dalam satu masa. Digunakan untuk seminar, kursus, taklimat dan persembahan. Kemudahan yang disediakan adalah kerusi, meja, skrin, papan putih. Permohonan tempahan boleh dibuat melalui Kaunter Pertanyaan/Rujukan Unit Perpustakaan.

Bilik Kajian Pensyarah

Perkhidmatan ini disediakan di Aras 2, khas kepada mana-mana pensyarah atau kumpulan yang ingin membuat kajian akademik.

Perkhidmatan Bilik Tayangan

Perkhidmatan ini disediakan di Aras 1, khas kepada mana-mana kelas atau kumpulan yang ingin membuat persembahan berbentuk ilmiah dan akademik. Bilik ini mampu menampung seramai 100 orang dalam satu masa. Kemudahan yang disediakan adalah LCD, kerusi, meja, skrin, papan putih

Loker Berkunci

Di Aras Bawah, terdapat loker berkunci untuk pengguna menyimpan barang-barang berharga mereka yang tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.

 

Sistem Aplikasi Perpustakaan

:: OPAC (KOHA)

:: ELECTRONIC RESOURCES@PNM  

:: JURNAL & TESIS AKSES TERBUKA

:: Polisas Library Digital Collection

 

 

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn