Unit-Unit

 Kategori : UMUM

Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersialan

 

 

 

Visi

Menjadi pusat rujukan penyelidikan dan inovasi yang cemerlang 

Misi

Melaksanakan pengurusan penyelidikan, inovasi, penerbitan, pertandingan dan KIK dengan efisien dan berintegriti

Matlamat

Menghasilkan produk penyelidikan dan inovasi yang berkualiti tinggi

 

>> CARA MEMOHON ISSN DAN ISBN

    http://perpustakaan-polisas.blogspot.my/2014/06/isbn-issn.html

>> AKSES KE KERTAS KERJA PENUH NCIE-TVET

    http://www.polisas.edu.my/ncietvet2016/

>> Prosedur Kelulusan Penganjuran Persidangan/Seminar/Kolokium/Konvensyen/Inovasi Di Peringkat Politeknik,Zon,Kebangsaan Dan Antarabangsa (KLIK DISINI)

>>  Dasar UPIK (Malay),(English)

 

 

 

Kategori : UMUM

Maklumat am Unit Peperiksaan


Unit Peperiksaan POLISAS bertanggungjawab bagi menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut unit ini telah mendapat kerjasama penuh daripada semua jabatan lain.

Jawatankuasa peperiksaan Politeknik

Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah forum tertinggi di peringkat politeknik yang telah diberi kuasa oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk mengesahkan keputusan peperiksaan (kecuali bagi semester akhir) dan memastikan garis panduan dan peraturan penilaian dipatuhi. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik dan dianggotai oleh Ketua-Ketua Jabatan Akademik, Pegawai Peperiksaan serta pegawai-pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

 

 

Kategori : UMUM

Maklumat am Unit Sukan dan Kokurikulum

Pengenalan Unit Sukan dan Kokurikulum POLISAS ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Modul Kokurikulum di semua Politeknik mengikut struktur program seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Teknikal Politeknik Bil. 1/2000 mulai Sesi Jun 2000. Modul Kokurikulum yang dilaksanakan ialah R1001 POLIBRIGED untuk pelajar Semester 1 dan R2001 (Pasukan Beruniform, Sukan dan Kelab/Persatuan) untuk pelajar Semester 2. Disamping itu, unit ini juga bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelaras dan memantau semua aktiviti sukan pelajar POLISAS.

Matlamat utama

Membantu melahirkan graduan yang berketerampilan, kreatif dan kritis, mempunyai sifat kepimpinan yang inovatif dan jati diri yang jitu Objektif Merancang serta melaksana aktiviti yang bermakna dan berfaedah untuk memenuhi masa lapang siswa–siswi Memberi peluang kepada siswa–siswi untuk mengaplikasikan kemahiran asas yang telah dipelajari berdasarkan pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti kokurikulum Memupuk semangat perpaduan, memperkukuhkan semangat muhibah, interaksi dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Menjana daya pemikiran yang kreatif dan kritis, memupuk sikap berdaya saing serta berketerampilan dikalangan siswa-siswi.

Senarai Kelab Aktiviti & Kokurikulum KKR2001

Pasukan Beruniform

Sukan

Kelab Dan Persatuan 

  • Askar Wataniah
  • Bomba Dan Penyelamat
  • Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Pasukan Latihan Askar Simpanan (TUDM)
  • Polibriged 2
  • Pergerakan Puteri Islam
  • St. John Ambulance

 

 

 

 

  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Kembara
  • Hoki
  • Olahraga
  • Ping Pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Silat
  • Sofbol
  • Taekwon-Do
  • Tenis
  • Audio Visual
  • Bahasa Inggeris
  • Kaunseling
  • Komputer
  • Mesra Alam
  • Pengguna

 

 

 

 

 

 

 

 

Kategori : UMUM

Maklumat am

Unit ini mula ditubuhkan pada bulan Mei 2002 dan dahulunya dikenali sebagai Unit Alat Pandang Dengar (UAPD). Ini berikutan daripada penstrukturan semula selepas latihan pegawai multimedia dan sumber dibuat oleh Bahagian Pengurusan Politeknik (Bpp), Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia berfungsi sebagai unit yang menawarkan perkhidmatan media dan sokongan kepada instruksional, pengajaran dan pembelajaran di POLISAS.

Unit ini menyediakan perkhidmatan media bagi seluruh kakitangan akademik di POLISAS dalam usaha meningkatkan proses instuksional, pengajaran dan pembelajaran. Mengikut perancangan didalam pelan naiktaraf politeknik-politeknik KPM, bilik-bilik kuliah akan disediakan peralatan teknologi multimedia untuk memudahkan tenaga akademik memilih dan menggunakan teknologi instruksional dan pembelajaran yang sesuai dengan matlamat dan objektif disamping pelaksanaan e-learning.

Perkhidmatan yang ditawarkan

Di antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah :
  • Pinjaman peralatan media untuk kaktangan akademik dan sokongan
  • Membuat liputan video dan gambar kaku (still photography) dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Politeknik.
  • Menyediakan kemudahan pengajaran mikro - Menyediakan kemudahan multimedia, komputer grafik dan teknologi instruksional untuk seminar, persidangan, bengkel, latihan dan pameran yang dianjurkan oleh Politeknik.
  • Menyediakan kemudahan penyenggaraan dan baik pulih peralatan teknologi instuksional
  • Memberi khidmat nasihat tentang pemilihan dan pembelian peralatan teknologi instruksional.
  • Menyimpan teknologi instruksional dan bahan-bahan multimedia (archiving).
Jawatankuasa

Ia berfungsi untuk melaksanakan kerja-kerja rekabentuk grafik komputer, dan seterusnya mencetak ke mesin cetak warna atau membantu J/kuasa web & multimedia didalam rekabentuk antaramuka (interface design). Ia juga membantu dalam penyediaan rekabentuk bahan cetakan seperti poster, catalog dan brosur. J/kuasa ini masih lagi tidak mempunyai peralatan dan perkakasan yang lengkap untuk penghasilan pelbagai bentuk grafik untuk keperluan dan kegunaan politeknik, seperti mesin pencetak warna color laserjet, mesin plot, mesin cetak inkjet, komputer dan sebagainya. Perisian-perisian grafik & percetakan yang digunakan seperti Adobe Photoshop, Pagemaker, Macromedia Freehand, Fireworks, Paint Shop Pro, Coreldraw dan lain-lain. Jawatankuasa Animasi 2D & 3D Ia bertangungjawab di dalam menghasilkan animasi-animasi yang diperlukan di dalam penghasilan video, web, dan multimedia. Perisian yang digunakan ialah 3DMax, Adobe Premiere, SoundForge dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Multimedia & Sumber
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
25350 Kuantan Pahang

Tel: 609-5655300 ext: 365

 

Kategori : UMUM

Pengenalan


Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya.

Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan  dapat menampung 700 orang pengguna pada satu masa.

Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan Kanan dan dibantu oleh 8 orang kakitangan yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan

Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Library of Congress yang berasaskan abjad. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Perpustakaan KOHA.

Visi

Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.

Misi

Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan


Carta Organisasi dan Direktori Staf (KLIK DISNI)

Keahlian

Semua pembaca perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan POLISAS. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Tempoh keahlian sah sepanjang pengajian pelajar dan perkhidmatan kakitangan POLISAS. Pendaftaran keahlian boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di kaunter pendaftaran.



Kategori Keahlian

Kakitangan POLISAS- Menggunakan Kad pengenalan

Pelajar Pelajar - Menggunakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi; 

Kaunter Pendaftaran
, ext : 336

Aras Bawah , 
Perpustakaan POLISAS


Perkhidmatan Perpustakaan POLISAS

Perkhidmatan Sirkulasi, Pinjaman dan Pemulangan

Perpustakaan POLISAS menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pinjaman kepada Ahli Perpustakaan yang berdaftar. Selain daripada koleksi buku terdapat juga bahan-bahan lain disediakan untuk pinjaman.



Perkhidmatan Kaunter Pertanyaan/Rujukan

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu para pelajar dan pensyarah membuat pencarian bahan  serta mendapatkan pelbagai maklumat. Semua urusan tempahan bilik dan rujukan dibuat di kaunter ini. Lokasi perkhidmatan ini adalah di Aras 1.

Perkhidmatan Web OPAC (On-line Public Access Catalogue)

Dua unit komputer yang ditempatkan di ruang Kaunter Pertanyaan/Rujukan digunakan di perpustakaan untuk membolehkan pelajar menggunakan OPAC untuk mengesan bahan yang terdapat dalam perpustakaan. Perkhidmatan ini juga boleh diakses dari makmal komputer Aras 2. Pengguna boleh membuat carian secara terus melalui laman web POLISAS di alamat http://library.polisas.edu.my/

Ruang Membaca

Perpustakaan POLISAS menyediakan ruang membaca dan rujukan yang selesa. Dalam satu masa, perpustakaan mampu menampung seramai 700 orang pengguna.

Makmal Komputer

Perpustakaan POLISAS menyediakan perkhidmatan Komputer untuk para pelajar mengakses internet, Pengkalan Data melalui Portal U-Pustaka dan kerja-kerja kesetiausahaan. Perkhidmatan ini dibuka bermula 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Portal Sumber Elektronik PNM (PORTAL u-PUSTAKA)

Dengan menjadi ahli kepada portal sumber elektronik PNM, anda akan mendapat keistimewaan untuk mengakses secara eksklusif pelbagai pangkalan data khusus tertentu yang telah dilanggan oleh PNM serta sumber-sumber elektronik yang telah dihasil dan disediakan oleh PNM. Portal sumber elektronik PNM ini boleh dilayari di alamat sesawang berikut http://www.u-library.gov.my/portal/ms/home.

Bagi warga Polisas yang tidak berdaftar, boleh mendapatkan login serta kata laluan dari petugas di kaunter rujukan.

Bilik Tutorial

Terdapat 2 buah Bilik Perbincangan yang disediakan iaitu di Aras Tengah dan Aras 2. Setiap bilik boleh memuatkan 20 orang pelajar dalam satu masa. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi, meja, skrin, papan putih.

Bilik Seminar

Terdapat  bilik seminar di Aras Tengah,Perpustakaan POLISAS yang boleh memuatkan seramai 52  orang dalam satu masa. Digunakan untuk seminar, kursus, taklimat dan persembahan. Kemudahan yang disediakan adalah kerusi, meja, skrin, papan putih. Permohonan tempahan boleh dibuat melalui Kaunter Pertanyaan/Rujukan Unit Perpustakaan.

Bilik Kajian Pensyarah

Perkhidmatan ini disediakan di Aras 2, khas kepada mana-mana pensyarah atau kumpulan yang ingin membuat kajian akademik.

Perkhidmatan Bilik Tayangan

Perkhidmatan ini disediakan di Aras 1, khas kepada mana-mana kelas atau kumpulan yang ingin membuat persembahan berbentuk ilmiah dan akademik. Bilik ini mampu menampung seramai 100 orang dalam satu masa. Kemudahan yang disediakan adalah LCD, kerusi, meja, skrin, papan putih

Loker Berkunci

Di Aras Bawah, terdapat loker berkunci untuk pengguna menyimpan barang-barang berharga mereka yang tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.

 

Sistem Aplikasi Perpustakaan

:: OPAC (KOHA)

:: ELECTRONIC RESOURCES@PNM  

:: JURNAL & TESIS AKSES TERBUKA

:: Polisas Library Digital Collection

 

 

 

Go to top
Switch To Mobile