Kategori : UMUM
 
Fungsi dan peranan UPSM

  • Merancang,mengurus,menyelenggara dan memantau segala aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan Sistem Rangkaian Kampus.
  • Merancang,membangun,menguji,melaksana dan menyelenggara aktiviti-aktiviti berkaitan sistem aplikasi di POLISAS.
  • Merancang perolehan,mengurus,menyelenggara dan mengawalselia aset ICT unit.
  • Membantu pihak Pengurusan dalam menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk penyelenggaraan dan perolehan aset ICT.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal kepada jabatan dan unit di bawah seliaan UPSM.
  • Merancang dan mengurus perlaksanaan back-up dan recovering serta keselamatan bagi konfigurasi sistem,peralatan rangkaian dan data.

 

Info senarai kakitangan Unit Pengurusan Sistem maklumat [KLIK DISINI]

Unit Pengurusan Sistem Maklumat terbahagi kepada tiga seksyen

1) Seksyen Rangkaian

     # Pembangunan dan penyenggaraan Sistem Rangkaian Setempat (LAN), server dan internet jabatan.
     # Mengurus dan memantau Sistem Keselamatan ICT jabatan.
     # Mengawal selia, memantau dan mengemaskini Dasar Keselamatan ICT.
     # Memastikan penggunaan internet dan sistem rangkaian berjalan dengan baik.
     # Menerima dan bertindak terhadap aduan pengguna dalam konteks sistem rangkaian.
     # Memberi khidmat sokongan dan konsultansi samada berkenaan penggunaan peralatan rangkaian atau server.
     # Dan lain-lain berkaitan.

2) Seksyen Sistem Aplikasi

     # Membangunkan Sistem Aplikasi Dalaman POLISAS.
     # Mengemaskini maklumat dalam Sistem Aplikasi Dalaman POLISAS. 
     # Menyelenggara Sistem Aplikasi Dalaman & Aplikasi E-Kerajaan.
     # Memantau keselamatan Sistem - data & peralatan
        - Kawalan capaian sistem kepada pengguna
        - Kawalan capaian pangkalan data
        - Kawalan capaian ke server sistem
     # Membantu dalam sokongan Sistem Aplikasi e-Kerajaan dan sistem aplikasi elearning JPP (LMS-CIDOS). 

3) Seksyen Sokongan Teknikal
   
     #  Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan sumber ICT POLISAS.
     #  Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pihak Pengurusan dalam perolehan ICT dan peningkatan keupayaan infrastruktur.
     #  Menguruskan perolehan dan mengawal selia alat ganti serta pelupusan peralatan ICT untuk unit.
     #  Terlibat dalam pengurusan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk penyelenggaraan dan perolehan sumber ICT.
     #  Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan ICT
     #  Menguruskan perlaksanaan dalam prosedur kualiti dan aset alih kerajaan bagi unit.
     #  Menyediakan kemudahan dalam peminjaman peralatan ICT dan perisian M.U.S.E dan AUTODESK.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top