Kategori : UMUM

Maklumat Am    
     
   Objektif Unit Pembangunan dan Senggaraan  
  1. Memberi Khidmat Nasihat Teknikal kepada semua jabatan di POLISAS dalam  
    aspek Penyenggaraan Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Alam  sekitar  
  2. Membantu semua jabatan dalam pemanggilan sebutharga dan  
    penyediaan speksifikasi untuk kerja-kerja penyenggaraan Sivil, Mekanikal dan Elektrikal.  
  3. Membantu semua jabatan dalam pemeriksaan teknikal dan hartabenda  
    (aset).  
  4. Mengurus  perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan kecil di  
    POLISAS.  
     
   Aktiviti Penyelenggaraan  
  1. Penyenggaraan Bangunan dan Infrastruktur seperti Bilik-bilik Kuliah, Dewan  
    Kuliah, Pejabat Pentadbiran, Pejabat Jabatan dan Unit-unit, Kemudahan Infrastruktur seperti jaringan jalanraya kampus, longkang utama, pembentung, parkir kenderaan, ‘hardstanding’ dan cerun.  
  2. Penyenggaraan Sistem Mekanikal seperti sistem hawa dingin, sistem pencegah  
    kebakaran, rumah pam dan jentera.  
  3. Penyenggaraan Sistem Elektrikal seperti suis utama, lampu, kipas, generator,  
    pendawaian kabel dan peralatan elektrik.  
  4. Kerja-kerja pembaikan kecil dan membaikpulih kemudahan asas seperti  
    gymnasium, padang permainan, taman rekreasi, Kafeteria dan sebagainya

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile