Kategori : UMUM

Pengenalan

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) adalah satu unit di  Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan kursus-kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) bagi kaktitangan POLISAS, menguruskan penggunaan kemudahan – kemudahan yang tersedia di POLISAS secara pakej serta mengelolakan Program Penswastaan Sektor Masa (TSP).

Konsep Penswastaan Sektor Masa (TSP) 

TSP menggunakan konsep perkongsian pintar (Smart Patnership) di antara satu institusi dengan industri dan pihak luar atau dalam memberi latihan kepada warga kerja berkaitan tugas dan pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pengkongsian teknologi, kepakaran, maklumat dan pengalaman kerja. Program TSP juga adalah bertujuan memperluaskan penggunaan kemudahan yang sediaada di sesebuah institusi kepada industri dan masyarakat setempat tanpa menjejaskan masa dan mutu kerja serta secara tidak langsung sebagai usaha mempromosikan intitusi berkenaan kepada pihak luar.

 Oleh itu, ULPL menjalankan aktiviti-aktiviti dengan menggunakan kepakaran/kemahiran dan kemudahan yang terdapat di politeknik serta mengoptimumkan segala sumber yang ada berkonsepkan keuntungan bersama.

 Faedah

  1. Meningkatkan kepakaran/kemahiran agensi
  2. Sumbangan kepada masyarakat
  3. Optimumkan kemudahan
  4. Tingkatkan pendapatan
  5. Tingkatkan kemudahan di politeknik

Program TSP

  1. Kursus secara sambilan (KSS)
  2. Kursus terlanggan (Customized course)
  3. Sewaan fasiliti secara pakej: Penginapan, Dewan Kuliah, Pusat Sukan, Makmal, Pengujian bahan dan lain-lain.
  4. Perkhidmatan Konsultasi (Centre of Technology): Teknologi Makanan

 

Kursus secara sambilan (KSS) POLISAS

menjalankan kursus Kursus Diploma Secara Separa Masa kepada pelajar lepasan Politeknik dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di luar waktu pejabat. Kursus tersebut akan dilaksanakan apabila telah diiklankan dalam media masa atau media elektronik. Capaian berkenaan permohonan Program Diploma Secara Separa Masa adalah seperti berikut : www.politeknik.edu.my

Kursus terlanggan

Terbuka untuk semua agensi dan individu mengikut keperluan industri dan komuniti.

Permohonan kursus TSP boleh dimohon melalui link: Permohonan Kursus Terlanggan   

 

Maklumat lanjut sila hubungi pegawai kami:

  1. Tn. Asrul bin Zakaria (09-5655369)
  2. Pn. Nurhidayah binti Anuar (09-5655370)

Email : ulpl@This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FB : ULPL Polisas, Kuantan.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile