Kategori : UMUM

Pengenalan


Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya.

Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dapat menampung 400 orang pengguna pada satu masa.

Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan Kanan dan dibantu oleh 8 orang kakitangan yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan

Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey yang berasaskan nombor. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Perpustakaan LIS (Library Information System).

Visi

Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.

Misi

Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan

Carta Organisasi dan Direktori Staf (KLIK DISNI)

Keahlian

Pendaftaran Keahlian

Semua pembaca perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan POLISAS. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Tempoh keahlian sah sepanjang pengajian pelajar dan perkhidmatan kakitangan POLISAS. Pendaftaran keahlian boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di kaunter pendaftaran.

Kategori Keahlian

Kakitangan POLISAS- Menggunakan Kad pengenalan

Pelajar Pelajar - Menggunakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi; 

Kaunter Pendaftaran
, ext : 336
Aras Bawah , 
Perpustakaan POLISAS


Perkhidmatan Dan Kemudahan

Perkhidmatan Sirkulasi, Pinjaman dan Pemulangan

Perpustakaan POLISAS menyediakann pelbagai jenis bahan bacaan untuk pinjaman kepada Ahli Perpustakaan yang berdaftar. Selain daripada koleksi buku terdapat juga bahan-bahan lain disediakan untuk pinjaman.

Perkhidmatan Kaunter Pertanyaan/Rujukan

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu para pelajar dan pensyarah membuat pencarian bahan (terminal OPAC) serta mendapatkan pelbagai maklumat. Semua urusan tempahan bilik dan rujukan dibuat di kaunter ini. Lokasi perkhidmatan ini adalah di Aras 1.

Ruang Membaca

Perpustakaan POLISAS menyediakan ruang membaca dan rujukan yang selesa. Dalam satu masa, perpustakaan mampu menampung seramai 400 orang pengguna. 

Makmal Komputer

Perpustakaan POLISAS menyediakan perkhidmatan Komputer untuk para pelajar mengakses internet, Pangkalan Data Mylib dan kerja-kerja kesetiausahaan. Perkhidmatan ini dibuka bermula 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Mylib

Perpustakaan POLISAS merupakan ahli Konsortium Pangkalan Data Mylib yang diuruskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Pangkalan Data Mylib merupakan inisiatif dalam menggalakkan penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat. Matlamat utama portal ini adalah untuk menyediakan kandungan tempatan dalam bentuk digital.http://mylib.pnm.my/Pangkalan Data ini hanya boleh diakses di Perpustakaan POLISAS sahaja dan pelajar boleh mendapatkan login serta kata laluan dari kaunter perkhidmatan.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top