Unit Pengurusan Psikologi POLISAS

 

PANDUAN TUGAS PEGAWAI PSIKOLOGI (PPsi) DAN PENYELARAS PSIKOLOGI KERJAYA JABATAN (PPKJ)

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

BIL

SENARAI TUGAS

TINDAKAN

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN

i – Kaunseling Pemulihan – dilaksanakan secara individu atau kelompok mengikut temujanji yang dibuat oleh pelajar

ii – Kaunseling Pengayaan – dilaksanakan secara individu dan kelompok melalui proses-proses bimbingan dan kaunseling susulan ke arah pembinaan diri yang lebih mantap

iii – Kaunseling Bimbingan – dilaksanakan dalam kumpulan yang besar melalui seminar/ kursus/ kem dalaman atau luaran/ lawatan samada mengikut jabatan/ semester/ kelab dan sebagainya bagi membantu pelajar mempunyai kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi peningkatan potensi pelajar.

 

 

 

PPsi melaksanakanya melalui temujanji pelajar atau melalui rujukan dari PPKJ, KJ, pensyarah dan staf sokongan.

 

 

PPsi dan PPKJ

2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN KERJAYA

i – Menyediakan khidmat kerjaya kepada pelajar-pelajar politeknik samada melalui seminar/ taklimat dari dalaman dan luaran/ lawatan/ penghantaran nama melalui pos/ faks kepada IPTA/ IPTS yang memohon khususnya kepada pelajar semester akhir tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran.

ii – Menyediakan khidmat kerjaya kepada pihak kerajaan/ badan berkanun/ swasta untuk mendapatkan tenaga kerja yang dilaksanakan melalui temuduga, sesi taklimat dan penghantaran nama pelajar-pelajar melalui pos/ faks kepada pihak yang berkenaan.

iii – Menyediakan perkhidmatan kerjaya kepada pelajar-pelajar selain dari semester akhir tentang kursus yang diambil dan peluang-peluang kerjaya setelah tamat belajar. 

 

PPsi dibantu oleh PPKJ mengikut pelajar dari jabatan masing-masing

 

 

 

 - sda -

 - sda -

3

 

 

 

 

 

 

TAKLIMAT KAUNSELING DALAM MINGGU SUAI KENAL (MSK)

i – Mengadakan taklimat kaunseling dalam masa yang diperuntukkan oleh J/Kuasa MTS dengan pelajar-pelajar baru.

ii – Memperkenalkan Unit Psikologi Dan Kerjaya POLISAS dan Penyelaras Jabatan

iii – menerangkan perkhidmatan yang disediakan di Unit Psikologi Dan Kerjaya

iv – Mengadakan slot motivasi kepada pelajar-pelajar baru

 

 

PPsi dengan di bantu oleh PPKJ

4

 

 

 

CERAMAH KESEDARAN SIVIK

i – Menyediakan perkhidmatan ceramah yang berkala dan permintaan kepada pihak luar seperti dari PEMADAM, AGENSI DADAH KEBANGSAAN (ADK), JABATAN KESIHATAN, dan dari lain-lain jabatan kepada pelajar-pelajar politeknik

 

PPsi dengan dibantu oleh PPKJ mengikut pelajar dari jabatan masing-masing

5

 

 

 

 

PERKHIDMATAN MOTIVASI DAN KERJAYA

i – Menyediakan khidmat motivasi dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang berhampiran mengikut permintaan

ii – Menyediakan khidmat motivasi kepada masyarakata setempat/ badan berkanun/ kerajaan/ swasta mengikut permintaan dan keperluan semasa

 

           PPsi/ PPKJ

 

 

- sda -

6

 

 

 

PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEKERJA (PERASA)

i – Memberi khidmat nasihat/ bimbingan/ motivasi kepada rakan-rakan sekerja ( staf akademik & sokongan ) Politeknik bekerjasama dengan Unit Latihan Pendidikan Lanjutan.

 

 

PPsi / PPKJ

 

7

 

 

TAKLIMAT KAUNSELING DAN KERJAYA

i – Memberi taklimat/ mesyuarat kepada Penyelaras Psikologi Kerjaya Jabatan untuk memantapkan organisasi Unit Psikologi dan Kerjaya

 

 

PPsi

8

PAPAN KENYATAAN UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA

i – Menyediakan risalah-risalah kaunseling dan kerjaya dari unit dan luar politeknik untuk menjadi sumber rujukan dan pengetahuan tambahan kepada pelajar-pelajar.

 

PPsi / PPKJ

9

 

 

 

 

MENJALANKAN TUGAS-TUGAS YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN

 

i – Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan seperti menghadiri mesyuarat/ taklimat/ kursus/ seminar dan sebagainya

 

 

PPsi dan PPKJ

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top