Kategori : UMUM 

Program yang ditawarkan

Pada masa ini JKE menawarkan Kursus :

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kod Kursus D24)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (Kod Kursus D20) 

Mulai Julai 2010 Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menawarkan program baru iaitu 

  • Diploma in Electronic Engineering (Communication)/

Iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi/Perhubungan)

  • Diploma in Electronic Engineering (Computer)/ 
    Iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). 

    Kedua-dua program ini merupakan program lama ( Diploma Kejuruteraan Elekrik dan Elektronik ) tetapi melalui proses penjenamaan semula bagi memenuhi kehendak industri. Dengan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar ( student centred learning ) melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemahiran yang diterapkan dapat menghasilkan pelajar yang berketrampilan , inovatif, kreatif dan mempunyai sahsiah yang tinggi.

Program diploma kejuruteraan elektronik (komunikasi)/diploma electronic engineering (communication) (DEP )

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi / Perhubungan) meliputi disiplin kejuruteraan elektronik yang luas denganpengkhususan dalam teknologi perhubungan. Program ini direkabentuk dengan asas kejuruteraan elektrik dan elektronik yangmenyeluruh termasuk matematik, asas elektrik dan elektronikasas-asas komputer dan pengaturcaraan, asas-asas sistemkomunikasi, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik dan rekabentuk terbantu komputer yang menyediakan graduan yang berketrampilan , manakala memberi penekanan kepada bidang pengkhususan di hujung program. Kursus-kursus pengkhususantermasuk telefoni, perhubungan gentian optikkomunikasi dataperhubungan wayarles dan peranti gelombang mikroSelain daripengetahuan teknikal dan
kemahiran, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu
pelajar dalam cara yang bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam,
kajian moralko-kurikulumsoftskill dan keusahawanan.

Matlamat program

Menghasilkan Graduan Diploma dalam bidang
 Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggiyang mempunyai pengetahuankemahiran teknikal, kemahiran berkomunikasi dan sikap sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diridengan cabaran kemajuan dan teknologi yang baru dalam bidang elektronik komunikasi.

Objektif pendidikan program

Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi/Perhubungan berhasrat untuk menghasilkan separa professional yang;

  1. Berpengetahuan dan kompeten dari segi teknikal dalam bidang-bidang elektronik komunikasi dan dapat menyesuaikan diridengan cabaran-cabaran baru teknologi dalam elektronik komunikasi.
  2. Komunikasi berkesan dan menyumbang secara berkesan sebagai ahli pasukan dengan
    keupayaan menjadi pemimpin.
  3. Mampu untuk menyelesaikan dan menyenggara peralatan elektronik komunikasi,
    inovatif, kreatifberakhlak dan bertanggungjawab sosial ke arah membangunkan
    negara dan masyarakat.
  4. Dapat menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatankerjaya

 

Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcome)

Setelah tamat program inigraduan seharusnya boleh;

  1. Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam prosedur dan amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan baik,
  2. Menunjukkan kemahiran praktikal termasuk keupayaan untuk menyelesaikan masalah, membaik pulih dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi peralatan elektrik dan elektronik dengan pengkhususan dalam elektronik komunikasi,
  3. Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya,
  4. Menggunakan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas yang diberikan,
  5. Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk masyarakatkeselamatan, kesihatanundang-undang dan budaya , isu-isudan tanggungjawab yang berbangkitdengan mengambil kira keperluan untuk pembangunan masyarakat mampan,
  6. Mengiktiraf keperluan untuk pembangunan profesional dan terlibat dalam pengambilalihan bebas pengetahuan dan kemahiranyang baru,
  7. Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan,
  8. Menunjukkan pemahaman etika profesionaltanggungjawab dan norma amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik,
  9. Berfungsi dengan secara individu atau berpasukanberkesandengan kemampuan untuk menjadi pemimpin.

 

Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer/ ( DTK )

Telah dirangka meliputi disiplin kejuruteraan elektronik semasa yang luas dengan pengkhususan dalam bidang elektronik yang berasaskan teknologi komputer. Asas elektronik yang merangkumi telekomunikasi, kuasa, kawalan, instrumentasi dan komputer dapat melahirkan graduat yang serba boleh di samping memiliki kepakaran dalam bidang yang dikhususkan. Para graduan ini diharapkan boleh berkhidmat dalam bidang teknologi komputer. Penggunaan elektronik dalam peralatan berasaskan komputer hari ini memerlukan juruteknik terlatih dan berkemahiran untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melengkapkan para graduannya dengankemahiran teknikal yang diiktiraf dan diperakui perlu dalam bidang pengkhususan tersebut.


Maklumat Program

Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi akan mempunyai pengetahuan,kemahiran teknikal, kemahiran berkomunikasi  dan bersahsiah untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi baru dan cabaran dalam bidang komputer dan elektronik

Objektif Pendidikan Program 

Program  Diploma  Kejuruteraan Elektronik (Komputer) bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional yang:

  1. Berpengetahuan dankompeten dari segi teknikaldalam disiplin elektronik dan komputersertadapatmenyesuaikan diri dengancabaran-cabaran baru teknologi elektronik dan komputer.
  2. Berkomunikasidanmenyumbang secara berkesansebagai ahli pasukan dan berkeupayaanemimpin pasukan.
  3. Mampuuntuk menyelesaikanmasalahkomputerdan elektronikinovatif,kreatif,beretika serta melaksanakan tanggungjawab sosial ke arah pembangunan negaradan masyarakat.
  4. Dapatmempamerkankemahirankeusahawanandanmengiktiraf keperluanpembelajaran sepanjang hayatuntuk kemajuankerjaya.

 

Hasil Pembelajaran Program (PROGRAM LEARNING OUTCOME)

Setelah tamat program ini, graduan seharusnya boleh:
1.    Mengaplikasikan pengetahuan matematik, sains dan asas-asas elektronik dalam prinsip –prinsip kejuruteraan elektronik.
2.    Menyelesaikan masalah, membaikpulih dan melakukan penyelenggaraan peralatan elektrik dan elektronik khususnya yang berkaitan dengan komputer.
3.    Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat.
4.    Menggunakan pemikiran kritikal dalam menyediakan penyelesaian yang berkesan terhadap masalah-masalah yang berkaitan komputer dan kejuruteraan elektronik.
5.    Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk masyarakat, kesihatan, keselamatan, undang-undang dan isu-isu budaya dan tanggungjawab yang berbangkit, dengan mengambil kira keperluan pembangunan lestari.
6.    Melibatkan diri dalam pembangunan profesional dan pengambilalihan bebas baru pengetahuan dan kemahiran;
7.    Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan.
8.    Menunjukkan pemahaman etika profesional, tanggungjawab dan norma-norma amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik.
9.    Bekerja secara bersendirian atau sebagai anggota pasukan yang berjaya, dengan kemampuan untuk menjadi pemimpin.

Akreditasi

Program-program yang ditawarkan di atas telah mendapat status Dean Akredited yang membawa maksud program-program ini telah diiktiraf oleh pihak JPA dan hanya perlu memohon untuk Akreditasi Penuh. Status dua program yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah seperti di Jadual A 

Program

Nombor Rujukan MQR

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)

11060

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)

11059

Jadual A: Status Akreditasi Program di JKE, POLISAS


Hasil Pembelajaran (Learning Outcome – LO)
 

Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran (MQA), iaitu;

1. Pengetahuan ilmu bidangKemahiran praktikal;
2. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;Nilai, sikap dan profesionalisme;
3. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
4. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
5. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat;
6. Kemahiran mengurus dan keusahawanan
7. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat;
8. Kemahiran mengurus dan keusahawanan


Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning time - SLT) dan bukannya berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.

Kaitan Antara Hasil Pembelajaran, Jam Kredit, MQF DAN MQA

kaitan

Student Learning Time (SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasuk persediaan material di perpustakaan dan pencarian sumber maklumat di internet. SLT diambil kira bukannya berasaskan kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar semata-mata. Persediaan pelajar sebelum atau selepas kuliah/amali/penilaian diambil kira dalam SLT iaitu sebanyak 30minit.

Hasil Pembelajaran Program - PROGRAM LEARNING OUTCOME (PLO)

Hasil pembelajaran program (PLO) adalah berbeza mengikut keperluan program itu sendiri. Program pengajian di Politeknik mempunyai sembilan domain PLO yang disenaraikan dalam buku Kurikulum Program yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

Hasil Pembelajaran Kursus - COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)

Hasil pembelajaran kursus (CLO) adalah berbeza mengikut keperluan kursus itu sendiri dan dikaitkan dengan PLO. Bilangan CLO bagi sesuatu kursus adalah antara tiga hingga lima yang menilai pelajar dari segi kognitif, psikomoto dan afektif yang disenaraikan dalam buku Kurikulum Program yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top