Kategori : UMUM

Pengenalan JKA

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah satu jabatan induk di POLISAS yang berperanan untuk memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan kepada pelajar bagi melahirkan graduan separa profesional yang berketrampilan dan berdaya saing. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal bagi mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. JKA diterajui oleh Cik Radziah Binti Hashim selaku ketua jabatan dan dibantu oleh 91 staf akademik, 2 orang pembantu jurutera dan seorang pembantu operasi.

JKA terdiri daripada para profesional yang diiktiraf  kelayakannya, terlatih serta berpengetahuan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berkualiti di dalam menampung sektor awam dan swasta di Malaysia.

Sehingga Sesi Jun 2019 bilangan pelajar aktif adalah seramai 1,400 orang iaitu 638 program Kejuruteraan Awam,  325 program Senibina dan 437 program Geomatik . Usaha yang berterusan sentiasa dibuat oleh JKA untuk menjadikan jabatan ini salah sebuah pusat latihan yang efektif dan cangih yang mampu melahirkan juruteknik, pelukis pelan, jurukur, jurugeospatial dan arkitek terlatih dalam bidang kejuruteraan awam, geomatik serta senibina.

 JKA mempunyai kebanggaannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan lain antaranya adalah kolaborasi aktif dengan industri dan agensi seperti Koridor Utiliti Pahang (KUP), Qlassic Services, Mega Buliding System Sdn. Bhd., Globallab Engineering Sdn. Bhd. serta Amalina Khoo Architect dan beberapa kolaborasi lain dari indusri serta diperkukuhkan dengan Penyelidikkan dan Innovasi oleh pensyarah  (Kerjasama dengan Unit penyelidikan & Inovasi). Ini terbukti dengan kejayaan para graduan pada pasaran pekerjaan samaada di sektor awam mahupun swasta dengan kebolehpasaran pelajar JKA sehingga 2018 adalah 93.6% .

 Kursus yang ditawarkan juga memberi peluang kepada pelajar untuk meneruskan laluan akademik dan pembangunan  profesional mereka melalui manfaat daripada pembelajaran teradun dan pembelajaran berorentasikan aplikasi yang merangkumi pendidikan berasaskan hasil (OBE).

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top