Kategori : UMUM

Pengenalan JKA


Jabatan Kejuruteraan Awam merupakan salah satu dari tujuh jabatan yang ada di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Terdapat tiga unit utama di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu Unit Kejuruteraan Awam Pembinaan. Unit Ukur Tanah dan Unit Seni Bina. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh Penolong Ketua Jabatan, Ketua-ketua Kursus setiap unit, pensyarah-pensyarah dan kakitangan bukan akademik. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan ini banyak memberi pendedahan kepada para pelajarnya di dalam aspek teori dan juga kemahiran amali. Berlandaskan matlamat melahirkan lulusan yang berkebolehan, para pelajar akan sentiasa diberi bimbingan dan pemantauan di samping pelbagai kemudahan bagi menjadikan pekerja yang cekap dan mahir di dalam bidang masing-masing.Pensyarah-pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam sentiasa bersedia seiring dengan perkembangan teknologi semasa di dalam melahirkan lulusan yang berinovasi, berwibawa, berproduktif dan kreatif.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top