Kategori : UMUM

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Makmal Komputer

Terdapat 4 buah makmal komputer di JMSK bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.

Makmal-makmal ini dilengkapi dengan perkakasan dan perisian komputer bersesuaian dengan kurikulum semasa termasuk kemudahan capaian Internet.

Disamping itu makmal komputer ini juga digunakan sebagai tempat latihan kakitangan POLISAS bagi meningkatkan kemahiran.

 

Makmal Matematik

Makmal ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus Matematik khasnya yang memerlukan perisian khas.

Perisian tersebut dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

Makmal Matematik juga dapat menjadikan pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik dan seterusnya mendorong minat pelajar terhadap kursus Matematik.

 

Makmal Sains Kejuruteraan

Jabatan ini mempunyai 2 buah makmal Sains Kejuruteraan yang lengkap untuk pelajar menjalankan ujikaji bagi kursus Sains Kejuruteraan.  

Melalui latihan amali yang dijalankan pelajar dapat mengaitkan hubungan antara teori dan amali seterusnya meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman terhadap kursus tersebut.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn