Kategori : UMUM

Pengenalan JP

Jabatan Perdagangan diwujudkan seiring dengan penubuhan POLISAS pada tahun 1976 dengan menawarkan dua program sahaja iaitu Sijil PenyimpananKira dan Sijil Sains Kesetiausahaan.  Kini terdapat enam program berkaitan bidang perniagaan dan pengurusan yang dilaksanakan oleh jabatan ini iaitu empat peringkat diploma dan dua peringkat sijil.  Walaubagaimanapun politeknik-politeknik Malaysia tidak akan menawarkan lagi program sijil mulai pengambilan pelajar sesi Julai 2010 ini.  Seramai 70 orang tenaga pengajar di jabatan ini yang terlatih, berpengalaman dan pakar di dalam bidang masing-masing diberi tanggungjawab bagi melahirkan tenaga mahir separa profesional yang berkemahiran tinggi dan berwibawa.  Pengajian diploma dijalankan selama 6 semester (3 tahun) dan 4 semester (2 tahun) bagi pengajian sijil termasuk 1 semester latihan industri.  Pelajar perlu mengikuti latihan tersebut selama 6 bulan di mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan untuk mendapatkan pengalaman. 

Secara umum semua pelajar perdagangan akan diberi pengetahuan asas dalam bidang asas perakaunan, keusahawanan, prinsip ekonomi, aplikasi komputer dan statistik.  Kemudian mereka akan didedahkan dengan pengetahuan dan latihan khusus mengikut bidang masing-masing seperti program Diploma Sains Kesetiausahaan melatih pelajar dalam bidang trengkas, menaip, undang-undang perniagaan dan pembentukan personaliti.  Bagi program Diploma Perakaunan pelajar didedahkan dengan pengetahuan kewangan, perakaunan, perangkaan, kos, pengurusan, pengauditan, percukaian dan undang-undang perniagaan.   Pelajar di bidang Logistic and Supply Chain Management akan mempelajari tentang pengurusan rangkaian bekalan, prinsip pengangkutan, pergudangan, sistem Logistik berkomputer dan juga prinsip pembelian.  Diploma in Business Studies(E-Commerce) meliputi bidang perniagaan dan teknologi maklumat.  Pelajar akan dilatih cara-cara menggunakan kemahiran teknologi maklumat terkini di dalam perniagaan seperti pemasaran, undang-undang perniagaan, pengurusan risiko, pengaturcaraan komputer, pembangunan laman web, Internet Marketing dan E-Commerce.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile