Kategori : UMUM

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

>> Makmal Komputer

Terdapat 5 buah makmal komputer di JMSK untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. Makmal-makmal ini dilengkapi dengan perkakasan dan perisian komputer bersesuaian dengan kurikulum semasa. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, komputer-komputer berkenaan dihubungi antara satu sama lain melalui satu Sistem Rangkaian Setempat (LAN) dan disediakan kemudahan capaian Internet. Disamping itu makmal komputer ini juga digunakan sebagai tempat memberi latihan kepada tenaga pengajar POLISAS untuk meningkatkan kemahiran.

>> Makmal Matematik

Makmal ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam modul Matematik khasnya yang berkaitan dengan perisian. Perisian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Makmal Matematik juga dapat menjadikan pembelajaran matematik menjadi lebih menarik, seterusnya mendorong minat pelajar terhadap modul Matematik disamping dapat membekalkan maklumat kepada pelajar tentang teknologi terkini dalam pembelajaran Matematik. Penggunaan perisian Matematik ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik.

>> Makmal Sains Kejuruteraan

Jabatan ini mempunyai 2 buah makmal Sains Juruteknik yang lengkap untuk pelajar menjalankan ujikaji bagi Modul B1004-Sains Juruteknik. Melalui amali yang dijalankan pelajar mengaitkan hubungan antara teori dan amali seterusnya pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman terhadap modul tersebut.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile