Kategori : UMUM

Piagam Pelanggan

Dengan penuh iltizam dan rasa tanggungjawab POLISAS berjanji memastikan:

i)   Pemberian perkhidmatan separa profesional dilaksanakan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam Dasar Kualiti
ii)  Suasana pembelajaran dan persekitaran yang kondusif disediakan.
iii) Sistem pengurusan yang efektif dan kompetatif untuk melahirkan staf yang komited dan graduan yang berketrampilan.
iv) Pensijilan dianugerahkan dalam tempoh yang ditetapkan setelah memenuhi semua syarat
v)  Sumber tenaga kerja separa profesional yang dilahirkan berasaskan teknologi selaras dengan wawasan negara.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti POLISAS adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi makanan melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan.

POLISAS komited untuk memastikan kehendak pihak berkepentingan dipenuhi melalui pencapaian pelan strategik yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top