Kategori : UMUM

Piagam Pelanggan

Dengan penuh iltizam dan rasa tanggungjawab POLISAS berjanji memastikan:

i)   Pemberian perkhidmatan separa profesional dilaksanakan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam Dasar Kualiti
ii)  Suasana pembelajaran dan persekitaran yang kondusif disediakan.
iii) Sistem pengurusan yang efektif dan kompetatif untuk melahirkan staf yang komited dan graduan yang berketrampilan.
iv) Pensijilan dianugerahkan dalam tempoh yang ditetapkan setelah memenuhi semua syarat
v)  Sumber tenaga kerja separa profesional yang dilahirkan berasaskan teknologi selaras dengan wawasan negara.

 *Dasar Kualiti

Kecemerlangan Akademik

  1.     Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90%.
  2.     Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar  yang lulus mencapai PNM 3.00 untuk setiap program bagi setiap semester.
  3.     Berusaha memastikan 100% penyeliaan terhadap pelajar yang menjalani Latihan Industri  di tempat latihan.           
  4.     Berusaha memastikan kadar kelulusan bagi pelajar yang menjalani Latihan Industri tidak kurang dari  98% bagi setiap semester.
  5.     Berusaha memastikan 95% pelajar  lulus kokurikulum bagi setiap semester.

Kecemerlangan Staf

  1.     Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 10 hari setahun.
  2.     Melaksanakan sekurang-kurangnya 85% daripada program di dalam Jadual Perancangan Latihan Staf tahunan.

 

Kecemerlangan Proses

Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile