Fri04252014

Last update09:54:33 AM GMT

Font Size

Profile

Menu Style

Pilihan
Back UNIT-UNIT :: UNIT-UNIT Asrama

Asrama

  • PDF

umum Kategori : UMUM

A.Pendahuluan

Kamsis POLISAS, Kuantan mempunyai 3 buah perkampungan kamsis iaitu

  • Kamsis Al Ghazali (A)

  • Kamsis Al Biruni (B)

  • Kamsis Ibnu Sina (C)

Ketiga-tiga kamsis ini telah dijenamakan semula namanya hasil daripada persetujuan pihak pengurusan pada sesi Januari 2007 hasil daripada perbincangan pihak pengurusan kamsis di antara felo-felo, penyelia-penyelia dan pimpinan-pimpinan pelajar kamsis.

Kamsis Al Ghazali

  • Kamsis Al Ghazali yang dahulunya dikenali sebagai kamsis A ialah kamsis asal yang dibina seiring dengan penubuhan dan pembukaan Polisas ini iaitu pada tahun 1983
  • Kamsis Al Ghazali  ini mempunyai 9 blok bangunan yang boleh memuatkan 864 orang penghuni ( 432 bilik - 2 orang sebilik )

Kamsis Al Biruni

  • kamsis kedua diwujudkan ialah Kamsis Al Biruni. Kamsis ini merupakan kawasan penempatan yang asalnya ialah bangunan kamsis  Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA), Kuantan  yang telah diserahkan kepada POLISAS  pada bulan Oktober 2002.
  • Di kamsis ini ia mempunyai 11 blok penempatan dan kapasitinya ialah 964 orang ( 456 bilik ) pada satu-satu masa.


 Kamsis Ibnu Sina


B. Misi dan matlamat Kamsis

MISI - Menyediakan suatu tempat penginapan yang konduksif , selamat dan  terkawal bagi melahirkan penghuni yang mempunyai sahsiah, rohani, jasmani dan intelek yang positif kearah membina modal insan yang seimbang.

MATLAMAT - Menjadikan kamsis tempat yang disukai untuk didiami dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang mencukupi bagi membina perkembangan sahsiah, rohani dan intelek.

C. Kemudahan di Kamsis

Selain dari kemudahan penginapan, kemudahan lain yang disediakan untuk penghuni ialah  :


 i. Kemudahan wireless untuk jaringan internet
   ii. Kemudahan komputer dan fotostat di setiap kamsis

 iii.Kafetaria yang terurus  
   iv.Mini Market bagi kemudahan membeli barangan runcit  
   v. Mesin basuh bagi kemudahan penghuni untuk membasuh  
   pakaian  
   vi.Klinik harian bagi kemudahan penghuni yang sakit – Rawatan  
   dan ubatan yang percuma disediakan  

vii. Kemudahan kenderaan bagi menghantar penghuni yang sakit  
  berat ke hospital  
  viii.Dewan Besar untuk aktiviti pelajar
 
  ix. Kemudahan sukan di setiap kamsis untuk riadah siswa dan siswi  
  x. Bilik rehat bagi kemudahan pelajar menonton televisyen di masa  

 lapang


Share this post

Last Updated on Wednesday, 15 January 2014 18:04