Kategori : UMUM

Pengenalan

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) adalah satu unit di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan kursus-kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) bagi kaktitangan POLISAS, dan juga Program  Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) serta menguruskan penggunaan kemudahan – kemudahan yang tersedia di POLISAS secara pakej serta mengelolakan Program Penswastaan Sektor Masa (TSP).

Konsep Penswastaan Sektor Masa (TSP) dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

TSP menggunakan konsep perkongsian pintar (Smart Patnership) di antara satu institusi dengan industri dan pihak luar atau dalam memberi latihan kepada warga kerja berkaitan tugas dan pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pengkongsian teknologi, kepakaran, maklumat dan pengalaman kerja. Program TSP juga adalah bertujuan memperluaskan penggunaan kemudahan yang sediaada di sesebuah institusi kepada industri dan masyarakat setempat tanpa menjejaskan masa dan mutu kerja serta secara tidak langsung sebagai usaha mempromosikan intitusi berkenaan kepada pihak luar.
 
 PSH pula merupakan satu proses pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan semasa individu, mahupun pada masa akan datang. Pelaksanaan PSH di POLISAS adalah suatu pendekatan pendemokrasian pendidikan melalui penawaran program/ kursus secara formal, informal dan non-formal kepada komuniti dan juga warganya.

Oleh itu, ULPL menjalankan aktiviti-aktiviti dengan menggunakan kepakaran/kemahiran dan kemudahan yang terdapat di politeknik serta mengoptimumkan segala sumber yang ada berkonsepkan keuntungan bersama.

  1. Faedah

    1. Meningkatkan kepakaran/kemahiran agensi
    2. Sumbangan kepada masyarakat
    3. Optimumkan kemudahan
    4. Tingkatkan pendapatan
    5. Tingkatkan kemudahan di politeknik

     

    Program TSP dan PSH

    1. Kursus secara sambilan (mypolycc)
    2. Kursus terlanggan (Customized course)
    3. Sewaan fasiliti secara pakej: Penginapan, Dewan Kuliah, Pusat Sukan, Makmal, Pengujian bahan dan lain-lain.
    4.  ii)Senibina : Jabatan Kejuruteraan Awam
    5. IOTs dan robotics : Jabatan Kejuruteraan Elektrik 
                     i) Centre of Technology (CFOST): JabatanTeknologi Makanan                                                                                                                                                                                                                                      ii) Senibina : Jabatan Kejuruteraan Awam                                                                                                                                                                                                                                                                             iii) IOTs dan robotics : Jabatan Kejuruteraan Elektrik 

Kursus terlanggan


Terbuka untuk semua agensi dan individu mengikut keperluan industri dan komuniti. 

Permohonan kursus PSH boleh dimohon melalui link:  Permohonan Kursus Terlanggan https://forms.gle/gKVfyrw4fzCzuPwv7  (mohon admin linkkan dengan perkataan Permohonan Kursus Terlanggan)
 
 Program PSH POLISAS adalah diiktiraf oleh :

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) : Latihan Pengendali Makanan
  2. Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : Profesional Halal Eksekutif dan Kursus Halal Awareness
  3. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) : Penyedia Latihan
     
     

Maklumat lanjut sila hubungi pegawai kami:

  1. Tn. Wan Haslifaiza bin Mohamad Wan Alias  (09-5655369)
  2. Pn. Nurhidayah binti Anuar (09-5655370/016-4766463)

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   /   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FB : ULPL Polisas, Kuantan. 

 

Pautan Borang Penilaian Keberkesanan (OnTrES)
 1. KUDAP           : http://tiny.cc/etrainingevaluate
 2. Program PSH : http://tiny.cc/FeedbackPSH

 

Share this post

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
Go to top
Switch To Mobile