Unit Pengurusan Psikologi POLISAS
PANDUAN TUGAS PEGAWAI PSIKOLOGI (PPsi) DAN PENYELARAS PSIKOLOGI KERJAYA JABATAN (PPKJ)
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
BIL |
SENARAI TUGAS |
TINDAKAN |
1
|
PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN i – Kaunseling Pemulihan – dilaksanakan secara individu atau kelompok mengikut temujanji yang dibuat oleh pelajar ii – Kaunseling Pengayaan – dilaksanakan secara individu dan kelompok melalui proses-proses bimbingan dan kaunseling susulan ke arah pembinaan diri yang lebih mantap iii – Kaunseling Bimbingan – dilaksanakan dalam kumpulan yang besar melalui seminar/ kursus/ kem dalaman atau luaran/ lawatan samada mengikut jabatan/ semester/ kelab dan sebagainya bagi membantu pelajar mempunyai kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi peningkatan potensi pelajar.
|
PPsi melaksanakanya melalui temujanji pelajar atau melalui rujukan dari PPKJ, KJ, pensyarah dan staf sokongan.
PPsi dan PPKJ |
2
|
PERKHIDMATAN KERJAYA i – Menyediakan khidmat kerjaya kepada pelajar-pelajar politeknik samada melalui seminar/ taklimat dari dalaman dan luaran/ lawatan/ penghantaran nama melalui pos/ faks kepada IPTA/ IPTS yang memohon khususnya kepada pelajar semester akhir tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran. ii – Menyediakan khidmat kerjaya kepada pihak kerajaan/ badan berkanun/ swasta untuk mendapatkan tenaga kerja yang dilaksanakan melalui temuduga, sesi taklimat dan penghantaran nama pelajar-pelajar melalui pos/ faks kepada pihak yang berkenaan. iii – Menyediakan perkhidmatan kerjaya kepada pelajar-pelajar selain dari semester akhir tentang kursus yang diambil dan peluang-peluang kerjaya setelah tamat belajar.
|
PPsi dibantu oleh PPKJ mengikut pelajar dari jabatan masing-masing
- sda - - sda - |
3
|
TAKLIMAT KAUNSELING DALAM MINGGU SUAI KENAL (MSK) i – Mengadakan taklimat kaunseling dalam masa yang diperuntukkan oleh J/Kuasa MTS dengan pelajar-pelajar baru. ii – Memperkenalkan Unit Psikologi Dan Kerjaya POLISAS dan Penyelaras Jabatan iii – menerangkan perkhidmatan yang disediakan di Unit Psikologi Dan Kerjaya iv – Mengadakan slot motivasi kepada pelajar-pelajar baru |
PPsi dengan di bantu oleh PPKJ |
4
|
CERAMAH KESEDARAN SIVIK i – Menyediakan perkhidmatan ceramah yang berkala dan permintaan kepada pihak luar seperti dari PEMADAM, AGENSI DADAH KEBANGSAAN (ADK), JABATAN KESIHATAN, dan dari lain-lain jabatan kepada pelajar-pelajar politeknik |
PPsi dengan dibantu oleh PPKJ mengikut pelajar dari jabatan masing-masing |
5
|
PERKHIDMATAN MOTIVASI DAN KERJAYA i – Menyediakan khidmat motivasi dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang berhampiran mengikut permintaan ii – Menyediakan khidmat motivasi kepada masyarakata setempat/ badan berkanun/ kerajaan/ swasta mengikut permintaan dan keperluan semasa |
PPsi/ PPKJ
- sda - |
6
|
PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEKERJA (PERASA) i – Memberi khidmat nasihat/ bimbingan/ motivasi kepada rakan-rakan sekerja ( staf akademik & sokongan ) Politeknik bekerjasama dengan Unit Latihan Pendidikan Lanjutan. |
PPsi / PPKJ
|
7
|
TAKLIMAT KAUNSELING DAN KERJAYA i – Memberi taklimat/ mesyuarat kepada Penyelaras Psikologi Kerjaya Jabatan untuk memantapkan organisasi Unit Psikologi dan Kerjaya |
PPsi |
8 |
PAPAN KENYATAAN UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA i – Menyediakan risalah-risalah kaunseling dan kerjaya dari unit dan luar politeknik untuk menjadi sumber rujukan dan pengetahuan tambahan kepada pelajar-pelajar. |
PPsi / PPKJ |
9
|
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN
i – Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan seperti menghadiri mesyuarat/ taklimat/ kursus/ seminar dan sebagainya |
PPsi dan PPKJ |