|
PROSIDUR KEPUTUSAN DAN KAEDAH PERMOHONAN LI |
|
|
|
|
Written by hartini
|
|
Saturday, 07 March 2009 18:08 |
|
PROSIDUR KEPUTUSAN LATIHAN INDUSTRI - Keputusan latihan industri akan dikeluarkan sebaik sahaja proses penilaian selesai dijalankan.
- Slip keputusan latihan industri akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya.
- Pelajar yang GAGAL akan mengulang semester latihan industri.
- Sebarang rayuan atau penyemakan semula keputusan penilaian latihan industri adalah tertakluk kepada Bab 3 : Perkara 14 dan 15, Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik KPT.
- Pelajar tidak dibenarkan mengulang semester latihan industri lebih daripada satu (1) kali.
KAEDAH PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI Senarai Semak
| Memohon Melalui UPLI Pelajar hendaklah menyemak senarai organisasi yang boleh dipohon melalui UPLI. Buat tempahan permohonan di UPLI. UPLI akan membuat permohonan ke organisasi berkenaan bagi pihak pelajar.
| | Memohon Sendiri ke Organisasi Yang Dipilih | Pelajar dikehendaki menyemak senarai organisasi samada perlu dipohon melalui UPLI. Sekiranya organisasi yang menjadi pilihan tidak terdapat di dalam senarai seperti di (1), pelajar boleh membuat permohonan sendiri dengan menggunakan borang/surat rasmi yang telah disediakan oleh UPLI. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendapatkan maklumat terperinci berkaitan organisasi tersebut sebelum membuat permohonan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:- Latar belakang organisasi Jenis aktiviti: - perkhidmatan yang disediakan; - projek yang sedang atau akan dijalankan; dan - jenis produk atau barangan yang dikeluarkan. Maklumat di atas boleh diperolehi dari organisasi berkenaan atau menerusi pelajar yang pernah menjalani latihan di organisasi tersebut. Setelah membuat keputusan untuk memilih organisasi berkenaan, pelajar hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:- Menghubungi pihak pentadbiran organisasi berkaitan; Memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan menghubungi mereka; Menghantar borang/surat permohonan dan dokumen kepada organisasi tersebut; Membuat persediaan untuk ditemuduga (jika perlu) - pengetahuan teori, amali dan maklumat am politeknik; dan Jika organisasi tidak dapat memberi keputusan segera, pelajar boleh meninggalkan borang/surat permohonan tersebut dan membuat tindakan susulan dalam masa seminggu. Setelah permohonan diterima, pelajar hendaklah menghantar Borang Jawapan dengan segera ke UPLI untuk direkodkan. Pelajar dinasihatkan berbincang dengan penyelaras latihan industri sekiranya mempunyai masalah berkaitan tempat latihan. PERINGATAN !!! Pelajar TIDAK dibenarkan memohon lebih daripada satu tempat latihan pada satu-satu masa. Pelajar DILARANG sama sekali bertanya tentang Kemudahan Elaun. |
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
Last Updated on Wednesday, 01 April 2009 08:40 |