Last Updated on Tuesday, 04 May 2010 15:20 Written by Pn. Hartini Bt. Hamdan Wednesday, 10 March 2010 16:45
MAKLUMAT AM JMSK
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah merupakan sebuah jabatan sokongan kepada semua jabatan-jabatan induk di POLISAS. Jabatan ini juga berfungsi menyelaras semua modul Matematik, Sains Kejuruteraan dan Komputer di POLISAS.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
>> Makmal Komputer
Terdapat 5 buah makmal komputer di JMSK untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. Makmal-makmal ini dilengkapi dengan perkakasan dan perisian komputer bersesuaian dengan kurikulum semasa. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, komputer-komputer berkenaan dihubungi antara satu sama lain melalui satu Sistem Rangkaian Setempat (LAN) dan disediakan kemudahan capaian Internet. Disamping itu makmal komputer ini juga digunakan sebagai tempat memberi latihan kepada tenaga pengajar POLISAS untuk meningkatkan kemahiran.
>> Makmal Matematik
Makmal ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam modul Matematik khasnya yang berkaitan dengan perisian. Perisian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Makmal Matematik juga dapat menjadikan pembelajaran matematik menjadi lebih menarik, seterusnya mendorong minat pelajar terhadap modul Matematik disamping dapat membekalkan maklumat kepada pelajar tentang teknologi terkini dalam pembelajaran Matematik. Penggunaan perisian Matematik ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik.
>> Klinik Matematik
Klinik Matematik diwujudkan sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah pelajar-pelajar yang lemah dalam Matematik khususnya bagi pelajar yang mengulang. Pelaksanaannya dijalankan di Makmal Matematik, dimana para pensyarah yang bertugas di Klinik Matematik pada waktu-waktu yang telah ditetapkan akan membantu para pelajar secara khusus melalui latihan dan tugasan. Pengukuhan melalui latihan dan tugasan yang diberikan itu akan disemak oleh pensyarah modul setelah pelajar mendapat tunjuk-ajar dan bimbingan daripada pensyarah di Klinik Matematik. Adalah diharapkan dengan wujudnya Klinik Matematik ini dapat adalah membantu pelajar-pelajar yang bermasalah terutamanya pelajar mengulang modul supaya tumpuan yang lebih terperinci dapat diberikan.
>> Makmal Sains Kejuruteraan
Jabatan ini mempunyai 2 buah makmal Sains Juruteknik yang lengkap untuk pelajar menjalankan ujikaji bagi Modul B1004-Sains Juruteknik. Melalui amali yang dijalankan pelajar mengaitkan hubungan antara teori dan amali seterusnya pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman terhadap modul tersebut.
Visitors Counter






![]() | Today | 7 |
![]() | Yesterday | 134 |
![]() | This Week | 262 |
![]() | Last Week | 1020 |
![]() | This Month | 833 |
![]() | Last Month | 4618 |
![]() | All days | 91766 |
Your IP: 172.16.56.1
,
Today: Feb 07, 2012
































