Monday, February 06, 2012
Text Size
 
baner web poli1

General Studies Department

MAKLUMAT AM JPA

Jabatan Pengajian Am ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan memperkenalkan kepada semua pelajar akan kepentingan dan nilai-nilai rohaniah, kemanusiaan, dan nilai kemurnian insan sejagat dalam kehidupan bermasyarakat yang bermaruah di samping menitikberatkan kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dari aspek kemahiran lisan (pertuturan dan komunikasi) dan kemahiran bertulis yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membolehkannya berfungsi secara efektif dalam konteks kerjayanya kelak. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada berhubung dan berinteraksi sesama manusia di dalam kehidupan hariannya. Oleh itu, hubungan kemanusiaan melalui aspek inter-personal dan intra-personal merupakan suatu seni kemahiran dan seni yang di dalamnya dapat menilai kemanusiaan seseorang insan. Akhlak dan tindak-tanduk seseorang tidak dapat didik melalui pendidikan teknikal dan kemahiran pakar semata-mata tetapi kosong tanpa nilai-nilai rohaniah dan kemanusiaan. Sesuatu bangsa yang maju dalam bidang sains dan teknologi tetapi membelakangkan aspek akhlak dan kemanusiaan tidak ada kemuliaan dan kebaikan bagi bangsa tersebut bahkan dipandang sebagai suatu bangsa yang tidak bertamadun dan tidak bermaruah. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am berfungsi sebagai pelengkap kepada semua jabatan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dalam membantu para pelajar mengisi kekosongan rohaniah dan nilai kemanusiaan sedapat mungkin dalam ruang vakuum yang paling minima dan terhad. Jabatan ini mempunyai kerunikannya yang tersendiri kerana walaupun ia tidak ada seorang pun pelajar seperti jabatan-jabatan lain, JPA mengendalikanm kursus-kursus bukan bidang kejuruteraan untuk semua jabatan di POLISAS.


KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus - Kursus Yang Di Tawarkan Jabatan ini menawarkan kursus-kursus am yang merangkumi modul-modul Pendidikan Islam, Tamadun Islam, Pendidikan dan Bahasa Inggeris yang wajib diambil dan lulus oleh semua pelajar POLISAS. Secara umum, kursus-kursus yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Am boleh disenaraikan seperti berikut: Pendidikan Islam Tamadun Islam Pendidikan Moral English for Technical Purposes (Bahasa Inggeris Teknikal) English for Commercial Purposes (Bahasa Inggeris Komersil)


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Makmal Bahasa

Makmal bahasa diwujubkan untuk menolong pelajar-pelajar mempelajari dan mengamalkan Bahasa Inggeris secara cekap dalam keadaan formal dan tidak formal. Ia juga bertujuan untuk memperbaiki kemahiran sebutan dan kebolehan memahami Bahasa Inggeris secara lisan dan membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi. Pada bulan Januari Tahun 2003, Bahagian Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am memiliki 3 makmal bahasa yang baru yang dilengkapi dengan peralatan moden. Ketiga-tiga makmal tersebut terletak bangunan Kampus 2 di bilik C201, C-301 dan C-401. Makmal-makmal bahasa ini menggunakan sistem kawalan berkomputer dan mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi makmal bahasa adalah untuk menguasai kemahiran lisan dan pertuturan seperti: Kemahiran Sebutan (pronunciation drills and practice) Pemahaman Mendengar (listening comprehension skills)

Kongsi Artikel Ini :

e-Service

Aplikasi POLISAS  
Sistem Pendaftaran Pelajar Online Sistem Permohonan Kemasukan Asrama Sistem  Pendaftaran Kehadiran Graduan  
Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Emel Rasmi POLISAS Pendaftaran  Alumni POLISAS  
 intranet SPEK  Sistem Pendaftaran Kelas Persediaan MUET  
Sistem Pendaftaran Kenderaan Pelajar  webopac  Sistem Direktori Staf POLISAS  
Sistem Maklumat Pelajar Di bawah Jabatan HHP,POLISAS      
   

Aplikasi Lain-Lain
 
Learning Management System CIDOS Sistem Maklumat Personel eSis Sistem Maklumat Personel HRMIS  
Sistem ePerolehan Sistem Kajian Pengesanan Graduan KPT   polypmo1  
jurnal

Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam

transaksi
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia  my3s    

Downloadable Forms

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday134
mod_vvisit_counterThis Week262
mod_vvisit_counterLast Week1020
mod_vvisit_counterThis Month833
mod_vvisit_counterLast Month4618
mod_vvisit_counterAll days91766

Online (Last 20 Minutes): 2
Your IP: 172.16.56.1
,
Today: Feb 07, 2012
Tarikh Kemaskini :31 January 2012
jpa1 kptm icomsc POLILIST icomampu 1msia POLI myID1 mygovernment

firefoxGoogle
Penafian :
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan email kepada Pegawai kami di aduan[at]polisas.edu.my atau Pentadbir laman ini di webpolisas[at]polisas.edu.my

Laman Web Rasmi Polisas,
Dibangunkan Oleh : ©Jawatankuasa Web POLISAS (2010)
Untuk paparan terbaik gunakan IE 7.0 dan ke atas serta Mozilla Firefox 3.0 pada resolusi skrin 1024 x 768 pixel dan ke atas.