Last Updated on Tuesday, 04 January 2011 10:43 Written by Pn. Rozahnizam Bt Mohd Ghazali Tuesday, 30 March 2010 16:17
PERATURAN PENDAFTARAN DAN ETIKA PENGGUNAAN FORUM
1. Forum ini hanya dikhususkan kepada penglibatan pelajar dan staf Akademik dan Bukan Akademik POLISAS sahaja.
2. Peraturan pendaftran ini diwujudkan supaya kemudahan ini dapat dikawal dan dipantau daripada berlaku sebarang ketidaakuran dan ketidakpatuhan selain mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan ahli Forum ini.
Bagi Pelajar POLISAS :-
i. Hanya pendaftaran menggunakan kemudahan komputer di POLISAS atau menggunakan wireless POLISAS sahaja akan diterima.
ii. Sila daftar dengan menggunakan nombor pendaftaran anda.
Bagi Staf POLISAS :-
i. Hanya pendaftaran menggunakan kemudahan komputer di POLISAS atau menggunakan wireless POLISAS sahaja akan diterima.
ii. Sila daftar dengan menggunakan
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PERINGATAN :
1. Akaun id anda akan ditamatkan serta merta jika didapati maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah PALSU.
2. Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
Peraturan Dan Etika Forum
Untuk panduan semua ahli, sila patuhi peraturan dan etika Forum seperti berikut:-
Anda amat digalakkan untuk :-
1. Berkongsi idea, pendapat, pengetahuan, cadangan yang bernas, wajar dan bermanafaat.
2. Berdiskusi dalam emosi yang tenteram dan tidak menggugat ketenteraman emosi ahli lain.
Anda amat ditegah daripada :-
1. Menyumbang topik yang tidak bermanafaat, menyalahi tatasusila dan bertentangan dengan agama, budaya dan adab.
2. Menggunakan perkataan, gambar, dokumen dan lain-lain media yang ditegah dan mengandungi bentuk lucah, hasutan, judi, makian, kata-kata kesat, umpatan, kutukan dan lain-lain sepertinya.
3. Menjadikan forum ini ruang untuk mempromosi atau mengiklan produk atau perkhidmatan atau bersifat peribadi, menyalahi undang-undang atau tidak memberi manafaat.
4. Memberikan maklumat palsu berkenaan id anda atau menyamar sebagai ahli lain.
5. Menyumbang, memapar dan menggunakan sebarang bentuk yang berunsurkan politik dan perkauman.
Tindakan keras termasuk dihalang daripadaakses kepada forum ini akan sekiranya anda melakukan perkara yang ditegah seperti di atas. Peraturan dan etika Forum ini adalah tertakluk kepada pindaan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
Selamat Berdiskusi..
Ketua Pengendali
Forum Komuniti POLISAS
Sumber : UPSM, POLISAS

























