Monday, February 06, 2012
Text Size
 
baner web poli1

Perutusan Pengarah

 

dato


Selamat datang ke Laman Web Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pentadbir laman web Polisas kerana berjaya membangunkan sendiri laman web rasmi Polisas sejajar dengan perkembangan yang kian pesat dalam Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) sekaligus dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada orang awam dengan mudah dan cepat. Dengan ini pembinaan laman web Polisas telah membuka lembaran baru yang bertujuan memperkenalkan Polisas kepada masyarakat tempatan khususnya dan negara-negara luar amnya.

Sebagai politeknik kedua tertua di negara ini, kejayaan melahirkan begitu ramai tenaga separa professional ini merupakan satu sumbangan besar kita kepada kekuatan sektor awam dan swasta dalam memenuhi pasaran tenaga kerja terlatih di Malaysia. Sejak kali pertama mengeluarkan graduan sulungnya pada tahun 1978 iaitu seramai 71 orang, sehingga hari ini POLISAS telah berjaya melahirkan seramai 29,947 orang graduan.

Kini POLISAS sedang melatih seramai lebih 6,395 orang pelajar dengan dibantu oleh seramai kira-kira 500 orang staf akademik yang mahir dan berketrampilan dalam pelbagai bidang.Dengan kepakaran dan sumber yang ada, kita yakin bahawa Politeknik ini akan dapat melaksanakan usaha yang berterusan untuk mengangkat mertabat graduan yang dihasilkan selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri, untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang pakar dalam pelbagai bidang.

Sejajar dengan itu POLISAS berazam untuk melahirkan graduan berketrampilan berlandaskan kepada kecemerlangan staf, pengurusan serta prasarana yang kondusif dalam menjana pembangunan modal insan negara serta beriltizam menjadi Institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknorat separa profesional.

POLISAS juga sentiasa komited dan bersedia memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti selari dengan hasrat untuk mencapai kepuasan hati pelanggan. Diharap dengan ada nya laman web ini akan dapat memberi lebih lagi maklumat dan informasi yang terkini tentang politeknik secara amnya dan mengenali POLISAS dengan lebih mendalam lagi.

Mej.(K) Dato' Haji Abu Bakar Bin Ahmad, 
DIMP.,SMP.,AAP.,AMN.,
Pengarah Polisas

Kongsi Artikel Ini :

e-Service

Aplikasi POLISAS  
Sistem Pendaftaran Pelajar Online Sistem Permohonan Kemasukan Asrama Sistem  Pendaftaran Kehadiran Graduan  
Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Emel Rasmi POLISAS Pendaftaran  Alumni POLISAS  
 intranet SPEK  Sistem Pendaftaran Kelas Persediaan MUET  
Sistem Pendaftaran Kenderaan Pelajar  webopac  Sistem Direktori Staf POLISAS  
Sistem Maklumat Pelajar Di bawah Jabatan HHP,POLISAS      
   

Aplikasi Lain-Lain
 
Learning Management System CIDOS Sistem Maklumat Personel eSis Sistem Maklumat Personel HRMIS  
Sistem ePerolehan Sistem Kajian Pengesanan Graduan KPT   polypmo1  
jurnal

Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam

transaksi
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia  my3s    

Downloadable Forms

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday9
mod_vvisit_counterYesterday134
mod_vvisit_counterThis Week264
mod_vvisit_counterLast Week1020
mod_vvisit_counterThis Month835
mod_vvisit_counterLast Month4618
mod_vvisit_counterAll days91768

Online (Last 20 Minutes): 1
Your IP: 172.16.56.1
,
Today: Feb 07, 2012
Tarikh Kemaskini :31 January 2012
jpa1 kptm icomsc POLILIST icomampu 1msia POLI myID1 mygovernment

firefoxGoogle
Penafian :
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan email kepada Pegawai kami di aduan[at]polisas.edu.my atau Pentadbir laman ini di webpolisas[at]polisas.edu.my

Laman Web Rasmi Polisas,
Dibangunkan Oleh : ©Jawatankuasa Web POLISAS (2010)
Untuk paparan terbaik gunakan IE 7.0 dan ke atas serta Mozilla Firefox 3.0 pada resolusi skrin 1024 x 768 pixel dan ke atas.