MAKLUMAT AM ULPL
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) sebagai agen perubahan dinamis untuk penambahbaikan program pendidikan dan latihan selaras dengan visi Bahagian Latihan dan Kerjaya (BLK) dan Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Misi ULPL komited dalam memastikan staf POLISAS berkemahiran, berkelayakan dan berketrampilan melalui pelaksanaan program pra dalam perkhidmatan.
OBJEKTIF UTAMA
Merancang, mengurus dan melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan bagi kakitangan POLISAS. Sentiasa berhubung dengan pihak-pihak luar dalam menyediakan kemudahan yang kondusif bagi latihan di luar POLISAS. Menjadi perantara penyedia latihan dengan kakitangan POLISAS. Merancang dan melaksanakan mengurus dalam program Latihan Sangkutan ke Industri bagi pensyarah. Mengendali dan menguruskan program Latihan pelatih-pelatih dari Institusi lain ke POLISAS.
PERKHIDMATAN
Mengendalikan kursus secara sambilan bagi Program Diploma Integrasi (KSS). Melaksanakan program latihan jangka pendek bagi pihak luar (swasta ataupun awam). Menghebahkan maklumat peluang-peluang perkembangan kerjaya kakitangan POLISAS. Menyediakan sijil–sijil penyertaan, penghargaan dan lain-lain yang berkaitan dengan latihan dalaman yang disertai.

























