Last Updated on Monday, 10 January 2011 07:43 Written by Pn. Hartini Bt. Hamdan Friday, 12 March 2010 10:01
PENGENALAN
Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya.
Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dapat menampung 400 orang pengguna pada satu masa.
Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan Kanan dan dibantu oleh 9 orang kakitangan yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan
Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) yang berasaskan nombor. Bagi pengoperasian sistem perpustakaan, unit perpustakaan menggunakan sistem perpustakaan Library Information System (LIS).
VISI
Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.
MISI
Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan.
Carta Organisasi dan Direktori staf Unit Perpustakaan
Lain-lain maklumat berkaitan Perpustakaan
i. Perkhidmatan Perpustakaan
ii. Koleksi
iii. Keahlian
iv. Jurnal

























