Wednesday, February 22, 2012
Text Size
 
baner web poli1
PENGENALAN KEPADA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA

Perkhidmatan kaunseling dan kerjaya telah diperkenalkan di institusi pendidikan di Malaysia sejak awal tahun 60an lagi di mana aspek perkhidmatan lebih tertumpu dalam  bidang  bimbingan vokasional dan pendidikan. Maka wujudlah unit yang dikenali sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Politeknik.

Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya secara berkesan di Politeknik.

Pada tahun 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 29 Tahun 2007 iaitu perubahan Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor kepada Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi.

Sehubungan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Politeknik kini telah berubah wajah dan dikenali sebagai Unit Psikologi dan Kerjaya (UPsiK) selaras dengan penempatan Pegawai Psikologi bagi menggantikan jawatan Pegawai Kaunseling oleh pihak JPA ke Kementerian Pengajian Tinggi di setiap Politeknik di seluruh Malaysia.

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling, dan Kerjaya yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan staf-staf Politeknik

MISI

Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling,dan Kerjaya  yang profesional bagi meningkatkan taraf Psikologi klien melalui Program Pembangunan, Perkembangan, Pencegahan Dan Intervensi

 


PERKHIDMATAN

BIDANG TUGAS PSIKOLOGI

1. Membantu melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.

2. Mengurus dan melaksanakan modul program pembangunan modal insan.

3. Membantu melaksanakan pemantauan penyelidikan dan kajian pembagunan modal insan.

4. Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidamatan psikologi dan kaunseling.

5. Mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.

6. Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan pencegahan dan pemulihan.

7. Membantu mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

8. Membantu memberi khidmat psikoterapi rawatan kepada klien.


PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN:-

  • Akademik
  • Kerjaya
  • Psikososial
  • Peribadi
  • Keluarga


JENIS PERKHIDMATAN

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Bimbingan Individu
  • Bimbingan Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • Kaunseling Keluarga
  • Konsultasi
  • Bimbingan
  • Intervensi Krisis

 

BIDANG KERJAYA( KAUNSELING KERJAYA)

1. Memberikan kaunseling kerjaya dengan menggunakan alat ujian kerjaya kepada para pelajar dan staf politeknik.

2. Memastikan setiap jabatan dalam politeknik menyediakan penyelaras bimbingan kaunseling jabatan bagi tujuan melancarkan urusan kerjaya pelajar.

3. Memaksimumkan usaha menghebahkan kepada pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan dan peluang menyambung pelajaran yang ditawarkan.

4. Menyediakan senarai nama pelajar kepada pihak kerajaan dan swasta yang mempunyai peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian pelajar.

5. Sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan institusi-institusi yang ingin mendapatkan khidmat pencarian graduan yang sesuai dengan penawaran peluang pekerjaan.


CARTA ORGANISASI DAN PENYELARAS PSIKOLOGI DAN KERJAYA JABATAN


unit psikologi

CARTA ALIR BAGI KLIEN DIRUJUK

carta alir

*Seperti dilampirkan

  1. Borang Rujukan Klien (Cetak menggunakan  kertas berwarna kuning)

Maklumat Tambahan :-

  1. Perujuk adalah Ketua Jabatan, Pensyarah Modul atau Penasihat Akademik atau sebarang Pensyarah.
  2. Identiti Perujuk akan dirahsiakan
  3. Sila hantar Borang Rujukan Klien untuk tujuan rekod dan penyelarasan.
Perujuk akan dimaklumkan tentang sesi kaunseling dan maklumbalas dari Pegawai Psikologi POLISAS.



Laporan Program Unit

1. Program Kolokium Motivasi
2. Program Memperkasakan Pembimbing Rakan Siswa
3. Program Remaja, Cinta, & Seks


* Download     Borang Rujukan Klien 


 


Sumber:  Maklumat hebahan ini telah diterima daripada Pn. Sarina Sabran, Peg. Psikologi & Kerjaya, pada 24 Mac 2011, 10:22am.

Kongsi Artikel Ini :

e-Service

Aplikasi POLISAS  
Sistem Pendaftaran Pelajar Online Sistem Permohonan Kemasukan Asrama Sistem  Pendaftaran Kehadiran Graduan  
Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Emel Rasmi POLISAS Pendaftaran  Alumni POLISAS  
 intranet SPEK  Sistem Pendaftaran Kelas Persediaan MUET  
Sistem Pendaftaran Kenderaan Pelajar  webopac  Sistem Direktori Staf POLISAS  
Sistem Maklumat Pelajar Di bawah Jabatan HHP,POLISAS      
   

Aplikasi Lain-Lain
 
Learning Management System CIDOS Sistem Maklumat Personel eSis Sistem Maklumat Personel HRMIS  
Sistem ePerolehan Sistem Kajian Pengesanan Graduan KPT   polypmo1  
jurnal

Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam

transaksi
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia  my3s    

Downloadable Forms

Tarikh Kemaskini :22 February 2012
jpa1 kptm icomsc POLILIST icomampu 1msia POLI myID1 mygovernment

firefoxGoogle
Penafian :
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan email kepada Pegawai kami di aduan[at]polisas.edu.my atau Pentadbir laman ini di webpolisas[at]polisas.edu.my

Laman Web Rasmi Polisas,
Dibangunkan Oleh : ©Jawatankuasa Web POLISAS (2010)
Untuk paparan terbaik gunakan IE 7.0 dan ke atas serta Mozilla Firefox 3.0 pada resolusi skrin 1024 x 768 pixel dan ke atas.