JPP
Last Updated on Friday, 03 December 2010 16:37 Written by Pn. Hartini Bt. Hamdan Tuesday, 19 October 2010 15:59
PENGENALAN
JPP merupakan sebuah badan induk kepada semua kegiatan dan aktiviti pelajar. JPP ditubuhkan selaras dengan status POLISAS sebagai sebuah IPT. Jawatankuasa ini tertakluk di bawah Akta 174 (Akta Institusi Pelajaran Tatatertib). Fungsinya meliputi bidang-bidang sosial, disiplin, kebajikan dan sebahagian ko-kurikulum. JPP mempunyai cogan kata iaitu:
“BELAJAR, BERDISIPLIN, BERKHIDMAT”
JPP ditadbir secara langsung oleh satu Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 14 orang atau lebih Ahli Jawatankuasa. Jawatankuasa ini dibantu oleh wakil-wakil JPP setiap jabatan. Pemilihan ahli Jawatankuasa ini dibuat pada setiap semester. Akan tetapi, mulai dari sesi Januari 2010, Ahli Jawatankuasa telah dipilih melalui pilihanraya yang diadakan kepada semmua pelajar. Semua pelajar POLISAS layak menjadi exco kecuali pelajar semester 1 dan 5 integrasi. Para pelajar dibenarkan untuk mengundi akan siapa yang layak untuk memastikan JPP diteruskan dengan jayanya.
JPP bertanggungjawab dalam mengendalikan beberapa program ilmiah dan ko-kurikulum. Semua program ini akan dijalankan oleh sama ada JPP induk, kelab atau persatuan, unit sukan dan badan beruniform yang tertentu. Para pelajar layak unutk menyertai semua program ini dengan mematuhi syarat-syarat penyertaan yang digariskan.
OBJEKTIF
-
Untuk menaikkan nama POLISAS agar menjadi salah satu politeknik premier di masa hadapan.
PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN OLEH JPP
ü Minggu Suai Kenal Sesi Januari, 2010
ü Konsert Amal Anjuran Sinar Harian
ü Program Derma Darah
ü Pilihan Raya JPP
ü Program Diskusi Bersama Politeknik Mersing
KELAB-KELAB DI BAWAH JPP
1) Kelab Dikir Barat Sri Makmur POLISAS
1.1 Buletin Bil 1/2010
1.2 Keratan Akhbar
1.2.1 POLISAS JADI WAKIL ZON TIMUR
1.2.2 KUMPULAN SRI MAKMUR POLISAS JUARA DIKIR BARAT
1.2.3 POLISAS MUNCUL JUARA FESTIVAL KESENIAN ISLAM
1.2.4 POLISAS MUNCUL JOHAN PERINGKAT POLITEKNIK KPT

























